Connect with us

Foodie

Buat peminat tegar durian, Musang King Bingsu menanti anda!

Published

on

Memandangkan kini sudah tiba musim durian, memang bersesuaian dengan keistimewaan pencuci mulut yang terbaru ni.

Buat peminat Raja Buah, Hanbing Korean Dessert Cafe telah mengeluarkan menu baru yang pastinya buat korang teruja.

Kafe yang terkenal dengan bingsu terbaik ini seakan-akan mengambil peluang bagi memperkenalkan menu bertepatan dengan musim durian iaitu Musang King Bingsu.

Bingsu atau nama lainya patbingsu adalah pencuci mulut popular Korea dimana ais yang diparut dihidangkan bersama ketulan buah-buahan segar, kacang merah, manisan atau aiskrim, bergantung kepada pilihan individu.

Musang King Bingsu ini akan dikeluarkan pada 4 Julai 2019 dan dijangka akan mendapat sambutan hangat terutamnya oleh peminat setia buah tersebut.

Semangkuk ais yang diparut halus, diliputi dengan pes durian dan ditambah dengan kepingan cornflakes rangup serta pulut nasi pasti memikat hati ramai pelanggan.

Bahan utama untuk penghasilan pencuci mulut berkenaan adalah dengan menggunakan pes durian 100% asli.

Berbeza pada tahun lepas yang hanya mempunyai aiskrim, tahun ini Hanbing melalukan sedikit kelainan dengan menambah pulut nasi untuk tekstur yang lebih unik.

Selain pelancaran menu baru, Hanbing juga memperkenalkan Snow On The Go iaitu konsep membawa pulang bingsu yang pertama di Malaysia pada tarikh sama, 4 Julai 2019.

Kaunter ‘takeaway’ ini boleh didapati di outlet Hanbing Korean Dessert Cafe bertempat di NU Sentral, Kuala Lumpur serta Subang Jaya.

Senanglah kiranya peminat bingsu nak makan kat mana-mana pun!

Sumber: Have Halal Will Travel

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending