Connect with us

Foodie

Bosan hujung minggu? Ini 25 tempat best untuk korang ‘hangout’ dengan member!

Published

on

Tidak kira sesibuk mana pun anda, mesti terlintas di fikiran untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang mahupun rakan-rakan anda lebih-lebih lagi jika anda jarang meluangkan masa bersama.

Mesti bosan jika sering kali ke pusat membeli-belah meluangkan masa atau pun selalu menonton wayang bersama. Apa kata cuba untuk lakukan aktiviti lain bersama yang pasti berbaloi!

Seorang gadis di laman Twitter yang dikenali sebagai @syak1ra membuat perkongsian beberapa tempat dating bersama pasangan anda atau pun bersama rakan-rakan anda.

1. Hit Rooftop Baseball

Nakkan kelainan semasa keluar bersama, apa kata cuba sport aktiviti iaitu baseball di sini kerana selain harga yang murah, anda bolehlah memberikan semangat antara satu sama lain.

2. Taman Botani, Putrajaya

Jika anda mahukan ketenangan dan tidak ramai orang, anda boleh bawa pasangan ke sini untuk melihat matahari terbenam dan gossip bersama.

Selain itu, anda boleh meluangkan masa seperti berbasikal pada hari biasa kerana tidak ramai orang di Taman Botani ini.

3. Kayaking, Wetland Park Putrajaya

Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, anda boleh lakukan aktiviti berkayak bersama tersayang di Wetland Park Putrajaya ini.

4. IKEA

IKEA sering menjadi tumpuan lebih-lebih lagi pasangan untuk berbelanja membeli barang bersama-sama atau makan bersama.

5. Super Park, Avenue K

Aktiviti lain yang anda boleh lakukan bersama adalah sport aktiviti seperti ice skating dan bermain games di Super Park , Avenue K.

6. Shell Out

Bonus bagi anda jika orang tersayang adalah  hantu seafood kerana anda boleh makan di sini yang memang confirm kenyang dan  berbaloi-baloi.

7. Concert Date

Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja festival muzik berlangsung, apa kata anda ajak pasangan atau rakan anda pergi berhibur!

Selain pergi bersama, anda boleh sing along bersama dan dapat berkongsi minat yang sama juga. 

8. Nights of Fright, Sunway Lagoon

Walaupun diadakan setahun sekali, rugi jika anda lepaskan peluang untuk tidak pergi ke festival ini.

Selain dapat meluangkan masa bersama-sama, mesti kelakar untuk melihat wajah masing-masing terkejut diganggu oleh hantu-hantu di sini.

9. Zoo Date

Jika anda pencinta dan orang tersayang adalah pencinta haiwan, bolehlah ke Zoo Negara untuk melihat haiwan-haiwan di sini pada hujung minggu.

10. Balai Seni Negara, KL

Jika anda belum menjejakkan kaki ke Balai Seni Negara, inilah masanya untuk ajak yang tersayang mahupun kawan-kawan anda kerana memang berbaloi untuk meluangkan masa melihat hasil seni yang mengagumkan di sini.

11. Hiking @ Broga Hill

Bagi anda yang sukakan aktiviti yang mencabar, apa kata pergi hiking di Bukit Broga dan melihat matahari terbit bersama-sama yang pasti menjadi memori indah.

12. Arts & Light

Selain pergi ke festival muzik, tidak salah juga untuk ke festival lain lebih-lebih lagi yang berlangsung setahun sekali.

Anda bukan sahaja dapat keluar bersama, anda juga dapat untuk mengambil gambar bersama-sama untuk dijadikan kenangan.

13. Unicorn Cafe

Anda mahukan kelainan, tidak salah untuk anda ajak yang tersayang ke kafe yang memang lain daripada lain seperti Unicorn Cafe ini.

Kafe yang berwarna-warni dan tempat yang juga insta-worthy pasti akan membuatkan anda gembira untuk meluangkan masa bersama.

14. KLIA

Bagi anda yang tidak tahu untuk ke mana, apa kata bawa pasangan anda dating ke lapangan terbang?

Suasana yang berbeza tapi anda mesti enjoy dengan pemandangan di sana dan dapat melihat kapal terbang yang berlepas di langit biru.

15. Wetland Water Park, Putrajaya

Anda sering ke Taman Tasik Shah Alam untuk melakukan aktiviti paddle boat? Apa kata lakukan aktiviti yang sama di tempat lain seperti di Wetland Water Park untuk merasakan suasana yang berbeza supaya tidak bosan.

16. Central Market, KL

Bagi anda yang tinggal atau mudah untuk akses ke ibu negara, apa kata bawa pasangan atau rakan anda ke Central Market menaiki pengangkutan awam seperti LRT.

Selain dapat berjalan-jalan di sekitarnya, anda boleh playing tourists bersama-sama.

17. Si Tompok Cafe, Bangi

Anda adalah pencinta kucing? Anda wajib bawa orang tersayang ke sini yang mempunyai kafe and terdapat banyak kucing-kucing comel yang pasti membuatkan anda bergembira bersama.

18. Selfie Museum, KL

Anda dan yang tersayang kaki foto? Kunjungilah Selfie Museum ini yang pasti mengujakan dan anda dapat selfie sepuas-puasnya bersama tersayang!

19. Groceries Date

Anda bosan melakukan aktiviti yang sama, apa kata shopping atau beli barang bersama-sama tidak kiralah ke pasar raya.

20. Aquaria KLCC

Luangkan masa bersama di sebuah akuarium besar yang pasti memberikan satu pengalaman yang menarik bagi anda yang mengunjunginya.

21. Seoul Garden

Makan bersama-sama juga adalah salah satu cara untuk anda meluangkan masa bersama tidak kira bersama pasangan mahupun sahabat yang tersayang.

22. Swimming Pool Club, KL

Tempat menarik yang memang insta-worthy untuk anda pergi adalah di Swimming Pool Club.

Anda boleh berenang di sini sambil melihat matahari terbenam dan mengambil gambar yang memang instagrammable. 

23. Art Date

Anda tak nak lakukan aktiviti berat atau yang akan mengeluarkan peluh? Apa kata ajak  girlfriend atau boyfriend anda untuk “Art Date”. 

Anda dapat meluangkan masa bersama untuk melukis dan mewarna bersama-sama mengikut kreativiti masing-masing.

24. Thrift Date

Anda suka “menyelam”? Ajaklah orang tersayang ke bundle untuk menyelam bersama-sama yang pasti akan mengeratkan lagi hubungan anda dan dapat berkongsi minat anda.

25. Picnic

Untuk menghabiskan masa dengan tenang, pergi picnic juga adalah idea yang baik. Anda boleh mengajak yang tersayang pergi berkelah ke tempat yang mempunyai pemandangan yang indah.

Sumber : @syak1ra

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending