Foodie
Tinggi kandungan gula, punca Boba tea bertukar jadi keras bila dibiarkan dalam keadaan panas
Minuman boba tea telah menjadi trend, walaupun harganya agak mahal namun masih ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.
Namun perkongsian video daripada seorang pengguna Twitter mengenai boba telah mendapat perhatian daripada netizen.
Lif telah berkongsikan video boba tea yang menjadi keras, setelah dibiarkan di atas tar jalan.
“Mak aku forward video ni kat WhtasApp group. Sengaja je kan taknak kasi aku minum boba.”
https://twitter.com/liffaemi/status/1176367977249140737
Kenapa boba pearl tu jadi keras?
Berikutan penularan video itu, seorang pengguna Twitter Chemical Engineer MY telah berkongsikan sebab mengapa boba tea tersebut boleh menjadi keras walaupun ketika dihidangkan ianya bersifat kenyal.
Menurutnya, boba pearl adalah berasaskan kanji dan mempunyai kandungan kanji yang tinggi.
Proses gelatinisasi
Terhasilnya boba pearl adalah kerana gabungan antara dua molekul iaitu tepung kanji dan air, yang seterusnya membuatkannya kembang serta bertekstur kenyal, apabila molekul-molekul air masuk ke dalam butiran kanji.
Proses “retrogradation”
Boba pearl menjadi kecil dan keras adalah kerana molekul air yang bergerak perlahan dan meninggalkan molekul kanji.
Direndam dalam air gula
Boba pearl yang direndam dalam air gula adalah untuk memberikan pearl itu satu lapisan agar ia tidak menjadi keras dan jika berlebih, pearl itu akan menjadi extra lembut.
Tidak disimpan dalam peti ais
Kekalkan tekstur boba pearl
Untuk memastikan boba pearl itu tidak menjadi keras, ia harus sentiasa dimasak pada suhu yang rendah kerana jika pada suhu yang tinggi, boba pearl akan menjadi pepejal dan keras.
Terjawab persoalan video tersebut
Jawapan kepada video yang tular itu adalah kerana boba pearl dibiarkan di atas jalan konkrit dengan cuaca yang panas menyebabkan ia menjadi keras kerana molekul air telah tiada.
Admin akaun itu juga berpesan ia adalah lebih elok jika boba pearl tidak dimakan kerana tinggi kandungan gula.
Sumber : Lif
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login