Foodie
Boba Milk Tea dah biasa cuba, apa kata try 5 masakan mengandungi boba ini
Boba, boba, boba, dimana – mana sahaja orang menyebut tentang boba atau yang sebetulnya,bubble tea. Fenomena boba ini memang tidak dapat disangkal lagi.
Jenama-jenama minuman di Malaysia berlumba mengeluarkan produk berasaskan boba sehinggakan ada yang terlebih idea kreatif dalam menghasilkan makanan sebegitu rupa. Kalau di Taiwan makanan pencuci mulut beraskan boba ini boleh dianggap perkara biasa, antaranya adalah penkek boba, tart boba, wafel boba dan sebagainya.
Terbaru di Twitter, tular sekeping gambar semangkuk mee segera goreng bersama ketulan boba. Amat mengejutkan, tengok pon dah pelik, apa lagi nak makan.
Tengok pon dah boleh agak gambar ni akan menerima kecaman netizen, makcik bawang, makcik petir, dan lain-lain lagi.
Manalah datang idea nak buat mee goreng boba. Ingatkan boba tu boleh letak dalam teh susu je. Tapi tunggu dulu, bukan tu je, ada lagi masakan lain yang telah diubah sehabis ‘kreatif’ dengan memasukkan ketulan boba kedalamnya.
1.Boba Omellete
Kalau cakap pasal Jepun, diorang suka betul try masak pelik-pelik ni, ape je diorang tak makan.
2. Bubble Tea Steamboat
Okay, bubble tea steamboat ni sebenarnya ada jual kat Penang sana. Dalam pot steamboat tersebuut, terdapat ketulan mangga, kacang merah, biji sagu selain dari boba.
Sebelum pelanggan dapat makan makanan tersebut, mereka perlu menuang ‘soup base‘ yang boleh dipilih antara teh susu atau susu segar. Nak pilih sejuk boleh, makan panas-panas pon boleh, jangan risau, ada option.
3. Boba Rice
Ni pun orang Jepun yang start, asalnya saja je nak test menjadi ke kalau masak dengan nasi, rupa memang elok, tapi rasa tu tak taulah.
Korang tak nak try ke?
4. Cempedak Boba Pizza
Ini for real ye, memang ada dijual di sebuah kedai bertempat di Petaling Jaya. Piza yang bertoppingkan isi cempedak dan juga ketulan boba itu mungkin antara keluaran produk yang paling extreme kedai tersebut pernah taruhkan.
5. Roti Bakar Boba
Okaylah, yang last ni nampak decent and quite acceptable dari yang lain. Tapi still, tak rasa ke macam boba tu just sesuai untuk minuman teh susu kegemaran ramai dan bukannya untuk makanan.
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login