Connect with us

Foodie

“Bila Malaysia nak macam ni?” – Guna daun pisang gantikan plastik, usaha pasar raya Thailand ini cetus inspirasi ramai

Avatar

Published

on

Pencemaran alam sekitar merupakan sebuah isu yang membimbangkan semua pihak, kerana pencemaran yang berlaku akan menjejaskan kesihatan dan kehidupan orang ramai. Oleh itu, antara inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan adalah dengan tidak menggalakkan penggunaan plastik dan straw plastik di kedai atau restoran.

Usaha tersebut dilihat dapat memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Baru-baru ini, pasar raya Rimping di Thailand, telah tular di media sosial, Facebook berkenaan dengan penggunaan daun pisang sebagai pembalut.

Posting yang dimuat naik oleh Perfect Homes Chiangmai itu telah mendapat 394 komen dan dikongsi oleh 16,000 pengguna Facebook.

Pasar raya tersebut menggunakan daun pisang untuk membalut pelbagai jenis makanan seperti sayur-sayuran iaitu timun, kacang panjang, kubis dan lain-lain lagi.

Rata-rata netizen yang melihat kaedah tersebut, telah memuji dan menyambut baik penggunaan daun pisang sebagai pembalut makanan di pasar raya itu. Dengan ini, ia dapat mengelakkan penggunaan plastik dan mengurangkan pencemaran daripada berlaku.

Great ideas on how to wrap…

Logical & Practical!

Good way to pack without plastic…

Cepatlah Malaysia…

https://www.instagram.com/p/BvYfAwdB3YC/?utm_source=ig_embed

Selebriti terkenal tanah air, Diana Danielle juga telah memuat naik foto penggunaan daun pisang di pasar raya Rimping. Beliau turut berasa bangga dengan usaha mereka dalam penjagaan alam sekitar dan berharap Malaysia akan mengikut jejak pasar raya tersebut.

Semoga idea kreatif dari negara Gajah Putih itu dapat dijadikan contoh yang baik kepada pasar raya di Malaysia, sekali gus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending