Foodie
Berlemak dan berlendir, sedap ke Siput Sedut Cheese?
Pada tahun 2014, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan makanan pisang goreng keju, yang menggabungkan antara makanan tempatan dan makanan barat. Walaupun ia kedengaran pelik, namun makanan tersebut mendapat sambutan yang baik daripada rakyat tempatan.
Sejak itu, ramai peniaga makanan cuba bersaing dan mencipta pelbagai makanan yang disaluti keju. Sebagai contoh, keropok lekor keju, nasi goreng keju, char kuey teow keju dan lemang keju, boleh dikatakan hampir semua makanan tempatan telah dijadikan sebagai makanan ‘eksperimen’ kepada para peniaga.
Baru-baru ini, menu unik iaitu siput sedut keju telah tular di media sosial, siapa sangka makanan seperti siput sedut boleh digabungkan dengan keju yang berlemak. Makanan itu telah mendapat perhatian orang ramai semenjak ia diperkenalkan oleh pengusaha Restoran Izi Stesen.
Korang rasa sedap ke Siput Sedut Cheese ni?
Namun, makanan siput sedut keju ini telah mendapat reaksi yang berbeza daripada orang ramai, terdapat sesetengah yang beranggapan bahawa siput sedut ini tidak sesuai digabungkan bersama keju, kerana kedua-dua makanan ini berlemak dan berlendir.
“Semua benda nak letak cheese…”
Walaupun ia kedengaran seperti kombinasi yang pelik, terdapat segelintir yang berpendapat bahawa menu tersebut amat lazat dan enak apabila dimakan. Selepas mencubanya, pandangan mereka ternyata berubah dan mula mengemari makanan siput sedut keju.
“Sedap weh, laki aku x suka cheese pun suka bedal.”
Walaupun mendapat kritikan, namun setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Terdapat sebahagian yang menolak menu ini namun ada juga yang mempertahankan hidangan ini. Bagi penggemar keju di luar sana, apa pendapat anda tentang makanan siput sedut keju?
Sumber : Twitter
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login