Connect with us

Foodie

Berkat jujur jual isi durian sahaja, pemuda berjaya jual 200 biji durian sehari!

Published

on

Kecoh di media sosial kisah seorang pemuda ini yang telah menjual durian, ditimbang tanpa kulit. Pemuda ini dipuji akan kejujurannya dalam menjual raja buah kegemaran ramai tersebut.

Pengalamannya dalam membeli buah durian tersebut membuka mata serta memberi pengajaran yang hebat susulan kekecewaan dan perasaan marah apabila sering mendapat buah durian yang isinya buruk dan tidak boleh dimakan.

Susulan itu, pemuda yang bernama Mohd Izzuwan Ismail, 30, mengambil keputusan untuk menjual isi durian yang elok sahaja supaya pelanggan lebih berpuas hati. Anak kedua daripada lapan beradik ini yang juga seorang mekanik motosikal menjual durian yang diisi dalam bekas dengan harga RM25 sekilogram (kg), manakala sebiji durian pula akan dijual bermula dari harga RM8 hingga RM25 sekilogram.

Izzuwan akan memastikan isi buah durian yang dijual dalam berkeadaan baik dan sekiranya dia berasa was-was, buah tersebut akan terus dibuka dan diperiksa terlebih dahulu. Gerai jualan yang dibukanya di bahu jalan di Batu 15, Jalan Sintok, berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM) itu dibuka dari 10 pagi sehingga stok durian habis dijual.

Bukan itu sahaja, Izzuwan juga berjaya menjual dan membuat penghantaran jualan durian sehingga ke Pulau Langkawi dan beberapa daerah lain di sekitar Kedah dan juga Perlis.

Semoga niat baik dan kejujuran pemuda ini membuka peluang rezeki yang banyak kepadanya.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending