Connect with us

Foodie

Berita gembira, demi pelanggan A&W bakal turunkan harga menu?

Avatar

Published

on

Sebut sahaja restoran makanan segera A&W Malaysia, pastinya ramai yang pernah mencuba minuman popular mereka iaitu ‘Root Beer with Float’.

Walaupun dengan kemunculan ramai pesaing seperti KFC, McDonald’s dan Texas Chicken, namun A&W masih bertahan sehingga kini di pasaran Malaysia.

Kepada peminat A&W, terdapat berita yang mengembirakan kerana dikhabarkan bahawa jenama tersebut bakal menurunkan harga hidangan mereka pada bulan Mei.

Melalui portal Vitdaily, menu yang berharga RM8.90 dan RM9.90 akan ditambah supaya orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan. Penambahan tersebut adalah hasil daripada permintaan pelanggan.

Tambahan lagi, A&W juga telah dikhabarkan akan menambah bilangan restoran yang berserta dengan perkhidmatan pandu lalu (drive-thru) daripada empat cawangan kepada lapan cawangan.

Syarikat tersebut turut mempunyai perancangan untuk melanjutkan tempoh operasi iaitu selama 24 jam bermula tahun depan.

Sedapnya dapat Root Beer, haus pulak!

Selain itu, penggemar A&W sudah tentu tidak sabar untuk memesan makanan kegemaran mereka melalui perkhidmatan atas talian kerana dikatakan jenama tersebut akan bekerjsama dengn GrabFood.

Sumber: Vitdaily

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending