Connect with us

Foodie

Beri 380 hadiah istimewa sempena pembukaan kafe minuman KOI di Pavilion, KL

Avatar

Published

on

Jenama minuman seperti Tealive, Cool Blog dan Chatime amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Jenama tersebut merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia, sehinggakan mereka sanggup beratur panjang untuk menikmatinya.

Kini, jenama minuman dari Taiwan, iaitu KOI Thé semakin mendapat tempat di hati peminat minuman ‘bubble tea’. Jenama KOI bakal membuka sebuah cawangan yang bertempat di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, bertarikh 30 Mac 2019 (Sabtu) pada pukul 12 tengah hari.

Sempena dengan pembukaan itu, jenama tersebut telah mengadakan ‘give away’ dengan memberi 380 hadiah istimewa kepada pelanggan setia mereka.

Siapa cepat dia dapat…

Kepada 30 pelanggan pertama, anda berpeluang untuk mendapatkan botol KOI x BROS secara percuma manakala 50 pelanggan yang seterusnya berpeluang mendapatkan botol kaca KOI.

Namun, promosi tersebut hanya ‘valid’ sekiranya pelanggan membeli 2 minuman KOI bersaiz sederhana pada Sabtu ini. Tambahan lagi, setiap pelanggan hanya diberi satu botol percuma sahaja untuk setiap pembelian.

Fuh, sedapnya dapat minum time panas2 ni…

Selain pemberian botol percuma, pelanggan juga diberi satu peluang untuk bermain ‘claw machines’ dan memenangi hadiah menarik.

Oleh itu, kepada peminat minuman ‘bubble tea’, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke cawangan KOI Thé di Pavilion, KL untuk mendapatkan botol KOI percuma dan hadiah-hadiah menarik.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending