Connect with us

Foodie

Berhenti minum bubble tea, dapat beli tiket penerbangan ke overseas

Published

on

Terdapat pelbagai minuman bubble tea ataupun boba tea kelihatan semakin banyak kedai minuman ini dibuka sekarang sehinggakan ia menjadi trend untuk netizen.

Pernahkah anda terfikir kos digunakan untuk membeli boba tea itu boleh digunakan untuk kegunaan dan keperluan yang lain?

Seorang gadis yang dikenali sebagai Wewwy Lim berkongsi di laman Facebook miliknya dan mengira kos perbelanjaannya membeli boba tea dan mendapati jumlah yang sama boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan pergi dan balik ke Thailand.

Mendapat gelaran “Bubble Tea Expert”

Gadis ini menjadi ketagih dengan boba tea kerana minuman ini sangat sedap dan menyukai rasa teh dan rasa kenyal pada boba.

Tulisnya, dia sentiasa menjadi yang pertama untuk mencuba boba tea setiap kali ada kedai baru yang dibuka sehinggakan kawan-kawannya menggelarnya “Bubble Tea Expert” dan dia berasa bangga dengan gelaran yang diberikan .

Boleh guna duit untuk beli tiket penerbangan ke Thailand

Pada bulan Mei yang lalu, dia menyedari terdapat banyak kedai boba tea telah dibukan dan ramai yang bertanya jika dia telah mencuba boba tea jenama baru.

Salah seorang rakannya berkata dia telah mengira gambar boba tea yang diambilnya dan jumlah wang yang dibelanjakannya boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan pergi dan balik ke Thailand.

Boleh digunakan untuk beli tiket ke Taiwan juga

Bukan itu sahaja, rakannya juga telah menegurnya dengan wang yang dibelanjakannya selama dua bulan demi boba tea itu, boleh digunakan untuk membeli tiket ke Taiwan.

Boba tea 32 cawan sebulan, RM480

Selepas itu, dia mulai sedar dengan ketagihannya terhadap minuman viral ini dan membuat pengiraannya:

Januari hingga April = 4 bulan

1 minggu x 2 cawan = 8 cawan dalam sebulan (1 bulan = 4 minggu)

4 bulan x 8 cawan = 32 cawan

32 cawan x RM12 hingga RM15 = RM384 hingga RM480

Gadis ini juga berkata, kadang-kala dia akan minum lebih dari dua cawan boba tea dalam seminggu.

Berhenti minum boba beberapa bulan

Akhirnya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti daripada minum boba tea sejak Jun sehingga empat bulan seterusnya dan akhirnya ia membuahkan hasil apabila dia berjaya mengumpul duit untuk ke Taiwan.

Dengan hanya berhenti minum boba tea selama beberapa bulan sahaja, anda dapat mengumpul duit untuk membeli tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda.

 

Sumber : Wewwy.lim & WOB

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending