Travel
Bercuti ke Pulau Flores, gadis ini kongsi tips terbaik OOTD di pulau
Pernah tak anda terfikir nak travel ke Flores lagi-lagi sailing. Selain dari pemandangan di Flores yang luar biasa, tempat ini juga menjadi antara pilihan utama pelancong yang inginkan suasana damai. Namun kos perjalanan yang agak mahal telah menyebabkan ramai yang menunda hasrat ingin ke sana.
Baru-baru ini melalui satu perkongsian di Facebook, seorang gadis telah berkongsikan pengalamannya ke Flores. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan tular di media sosial.
Gadis ini telah ke Pulau Flores pada 12-14 Ogos selama 3 hari 2 malam bersama suaminya. Gadis ini turut berkongsi tips mengambil foto-foto menarik, jika anda ke pulau.
Private boat non aircond vs boat aircond
Menurut pengguna Facebook ini, terdapat perbezaan harga sama ada private boat atau boat aircond. Terdapat pelbagai pakej perjalanan pelayaran yang boleh disesuaikan dengan bajet semua orang. Perjalanan belayar boleh diatur bergantung pada anggaran dan keutamaan anda.
👍🏻Kos sailing 3h2m private boat non aircond rm3550 kami share 3 pax…harga dah include tour guide
Ada jugak boat aircond tapi harga berbeza..
Upah photographer demi gambar yang cantik
Namun, ambil gambar sahaja semua orang boleh ambil, tetapi mahu secantik seperti instafamous pasti lagi menarik. Kadang-kadang sukar juga mendapat shot yang cantik di pantai kerana warna langit sangat mempengaruhi gambar sehingga akhirnya kita perlu mengedit gambar. Dengan khidmat photographer pasti hasilnya lebih memuaskan.
Bawa pakaian untuk OOTD
Semestinya ramai ingin bergaya untuk bergambar dan mencipta kenangan bersama yang tersayang ketika bercuti.
Setiap tempat mempunyai pemakaian yang tersendiri dan sesuai untuk tempat tersebut seperti di taman, pusat membeli belah, di gym dan begitu juga di pantai.
Wajib bawa Reflector
Angle shoot sangat memainkan peranan dalam photoshoot trip. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak dapat memberikan anda tips ketika bercuti dan melancong sama ada di luar negara mahupun di dalam negara.
sumber : Embun Merah
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie3 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login