Travel
“Bercuti bak Raja!” -Gadis ini kongsi pengalamannya bercuti di atas kapal cruise selama 5 hari 4 malam
Percutian di atas kapal mewah sudah pasti menjadi idaman setiap orang. Kini, banyak pakej pelayaran menawarkan percutian menaiki kapal persiaran yang mampu milik, sesuai untuk mereka yang memasang impian merasai percutian sebegini.
Kepada mereka yang tertanya-tanya bagaimana percutian atas kapal persiaran, seorang gadis yang bernama Sara Damia telah berkongsi pengalamannya bercuti menaiki Kapal Royal Caribbean Cruise selama 5 hari 4 malam.
Kapal tersebut bertolak dari Singapura dan melalui Pelabuhan Klang ke Thailand sebelum pulang ke destinasi asalnya. Menurut Sara, muat naik tersebut adalah sebagai garis panduan kepada pelancong yang mempunyai perancangan untuk bercuti di atas kapal persiaran.
Hari 1: Bertolak dari Singapura
Pada hari pertama, kapal persiaran tersebut akan bertolak dari Singapura. Penumpang dinasihati datang awal untuk sesi pendaftaran kerana setiap penumpang dikehendaki untuk beratur sebelum diberikan kad.
Kad tersebut digunakan sebagai kunci bilik dan akses apabila keluar masuk kapal. Oleh itu, penumpang haruslah menjaga kad itu dengan elok dan selamat kerana ia juga bertujuan sebagai kad pengenalan.
Mewah gila bilik dia…
Kepada penumpang yang tinggal di bilik bahagian tepi, bilik tersebut mempunyai beranda yang membolehkan anda untuk melihat pemandangan yang cantik.
Macam2 ada gais…
Selain itu, kapal persiaran juga menyediakan pelbagai fasiliti seperti pusat beli-belah, gym, spa, kolam renang, panggung wayang, kasino dan lain-lain lagi. Kesemua fasiliti tersebut adalah percuma kecuali pusat beli-belah.
Kepada pelancong Muslim, anda tidak perlu risau kerana mereka mempunyai pelbagai jenis makanan halal. Setiap makanan juga tertera label supaya penumpang yang beragama Islam boleh mengetahui kandungan makanan tersebut.
Hari 2: Singgah di Pelabuhan Klang
Hari kedua pula, kapal persiaran tersebut akan berhenti di Pelabuhan Klang dari pukul 7 pagi sehinggalah 3 petang.
Orang ramai terutamanya pelancong asing akan menggunakan peluang ini untuk berkunjung ke KLCC dan melawat ke tempat-tempat menarik di pusat bandar Kuala Lumpur.
Besar beb tempat dia!
Bagi penumpang tempatan, anda boleh meluangkan masa dengan beberapa aktiviti seperti pertunjukan ahli silap mata, teater, persembahan nyanyian dan banyak lagi.
Pastinya, anda tidak akan berasa bosan apabila bercuti di atas kapal persiaran kerana setiap aktiviti yang bakal berlangsung akan dipaparkan melalui skrin besar di tepi lif.
Hari 3: Singgah di Phuket, Thailand
Destinasi seterusnya adalah Phuket, Thailand, penumpang dari Malaysia harus membuat persediaan awal dengan menukar duit ke duit Thailand supaya ia memudahkan urusan jual beli nanti. Di Phuket, tempat ini sesuai kepada mereka yang ingin mencari cenderahati untuk dibawa pulang.
Kapal persiaran Royal Caribbean Cruise akan berhenti selama 12 jam di sini iaitu dari 10 pagi sehingga ke 10 malam. Jadi, orang ramai boleh menggunakan waktu ini untuk bersiar-siar di sekitar Phuket.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah jetski, parachute, mengunjungi pusat urut dan menikmati pelbagai juadah makanan serta minuman Thailand.
Wow, dalam kapal pun ada Starbucks…
Selepas selesai melawat Phuket, penumpang boleh kembali ke kapal persiaran dan menikmati makanan di situ kerana kedai dan kafe dibuka selama 24 jam.
Hari 4: Dinner mewah bersama kapten
Pada malam terakhir, kesemua penumpang kapal juga dikehendaki memakai pakaian formal untuk menghadiri makan malam bersama kapten kapal.
Penumpang perlu melihat nombor di kad yang telah diberi untuk mengetahui nombor meja pada malam tersebut. Sudah tentu makan malam itu menjadi salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Kat atas kapal pun boleh wall climbing eh…
Di samping itu, penumpang kapal boleh menyertai aktiviti seperti mini golf, wall climbing dan bermacam aktiviti sukan.
Hari 5: Pulang ke Singapura
Pada pukul 8 pagi, kapal persiaran tersebut akan tiba di Singapura. Penumpang boleh membawa bagasi sendiri supaya tidak membuang masa menunggu ketibaan bagasi.
Melalui perkongsian Sara, dia berharap dapat membantu mereka yang mempunyai pertanyaan tentang percutian menaiki kapal persiaran dan boleh menjamin kebersihan di atas kapal sentiasa terjaga.
Kepada mereka yang berminat untuk menaiki kapal persiaran Royal Caribbean Cruise, boleh melayari laman web atau melalui agensi pelancongan yang berdaftar.
Sumber: Facebook
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login