Connect with us

Travel

“Beli tiket mahal-mahal, datang jauh-jauh lepas tu sakit.” – Gadis ini kongsi 5 tips untuk elak sakit ketika bercuti

Published

on

Apabila seseorang itu berada dalam mood bercuti, pastinya ramai ingin menggunakan percutian mereka dengan sebaik mungkin, setelah menunggu peluang yang lama untuk bebas daripada tekanan kerja dan merehatkan minda. Namun, pengalaman sakit ketika bercuti pasti akan mengganggu perjalanan dan mood percutian.

Oleh itu, seorang pengguna Facebook iaitu Siti Nur Syuhaidah telah berkongsi 5 tips untuk mengelakkan diri sakit ketika bercuti. Dia telah memuat naik tips tersebut di laman sosial miliknya dan posting tersebut telah dikongsikan oleh 161 pengguna Facebook.

Berikut merupakan 5 tips yang boleh digunakan untuk mencegah penyakit ketika bercuti.

1. Ubat-ubatan

Apabila sedang bercuti, barang wajib yang perlu dibawa adalah ubat-ubatan. Antara ubat yang boleh disediakan adalah panadol (Paracetamol), paracetamol dan orphenadrine serta kotamine.

Secara umumnya, ubatan seperti panadol adalah painkiller bagi melegakan kesakitan kepala, manakala paracetamol dan orphenadrine untuk melegakan kesakitan otot.

Menurut Syuhaidah, ubat jenama LemSip boleh dibeli, kerana ia dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit seperti demam, sakit kepala, dan selesema.

Ubatan bagi kesakitan pada otot perlu disediakan, apabila berkunjung ke negara sejuk, kerana suhu yang rendah boleh menyebabkan otot berasa sakit dan tidak selesa.

Selain itu, ubatan selesema, sinus, tahan muntah, dan cirit birit perlu dibawa ketika bercuti.

2. Supplement

Selain ubat-ubatan, supplement adalah antara perkara yang perlu dibawa. Supplement vitamin C penting untuk menjaga kulit, tulang, selain membantu tubuh badan seseorang menjadi lebih cergas dan kuat.

Vitamin C sesuai diambil oleh orang ramai, supaya mereka tidak mudah diserang penyakit seperti selesema, batuk dan demam.

3.  Makanan

Pengambilan buah-buahan dan sayuran adalah penting, kerana makanan tersebut mengandungi vitamin C dan anti-oksidan yang membantu mencegah penyakit. Antara buah yang digalakkan ialah anggur, limau, berri, epal, dan pisang. Manakala sayuran pula ialah tomato dan brokoli.

Minuman berjus juga boleh diminum oleh kanak-kanak. Oleh itu, orang ramai disarankan untuk menjaga pemakanan mereka dan mengambil kuantiti air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.

4.  Pakaian

Sekiranya anda ke tempat sejuk, pilihlah pemakaian yang tebal seperti memakai inner thermal beserta lapisan luar seperti winter jacket, wind breaker, beanie, stoking, dan sarung tangan untuk mengelakkan kecederaan.

Salah satu kecederaan yang boleh berlaku adalah frostbite. Kecederaan itu adalah luka di kawasan kulit dan tisu yang disebabkan oleh kesejukan yang melampau.

Oleh itu, pilihlah pakaian yang lengkap dan sesuai ketika bercuti, kerana ia boleh menghindari perkara yang tidak diingini berlaku.

5. Rutin harian

Rutin harian seseorang individu juga memainkan peranan penting. Apabila mengalami situasi kulit kering dan mengelupas, maka anda boleh menggunakan lotion seperti Cocoa Butter Cream kerana ia lebih tahan lama dan berbau wangi.

Tidak ketinggalan juga, pelancong dinasihatkan untuk mengurangkan kekerapan mandi apabila bercuti ke negara bermusim sejuk. Ini adalah kerana perubahan suhu yang mendadak antara dalam dan luar rumah akan menyebabkan penyakit seperti demam.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending