Connect with us

Uncategorized

“Beli basikal, dapat tasbih” – Ramai pembeli tertipu, ini 4 ‘tips’ untuk elak ‘scam’ bila beli di Lazada

Published

on

Sudah menjadi kebiasaan untuk orang ramai membeli pelbagai barangan daripada aplikasi Lazada, namun baru-baru ini timbul berita yang tidak menyenangkan apabila berlaku penipuan jual beli antara penjual dan juga pembeli.

Isu tersebut timbul apabila ramai pengguna Lazada meluahkan perasaan mereka di laman sosial Facebook dan Twitter. Melalui posting tersebut, rata-rata yang ditipu mendapat tasbih dan bukannya barang yang sepatutnya.

Berikutan itu, ini adalah 4 ‘tips’ yang boleh diamalkan oleh para pelanggan Lazada untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Makin ramai rakyat Malaysia yang insof nak membeli belah dengan Lazada lepas ni. Beli basikal, dapat tasbih.Beli…

Posted by Pemburu Tiket Murah on Wednesday, April 10, 2019

1. Lihat review & rating

Sebelum membeli sesuatu barang di Lazada, pembeli dinasihatkan untuk melihat bahagian ‘review’ dan ‘rating’ barangan atau penjual tersebut.

Setelah melihat ‘review’ dan ‘rating’ yang tinggi, maka anda boleh mempercayai penjual itu kerana rata-rata pembeli memberi komen yang baik.

2. Dibenarkan untuk bayar secara tunai (COD)

Selain itu, pembeli harus bijak memilih produk yang boleh dibeli melalui pembayaran secara tunai. Pada kebiasaannya, barangan yang dijual boleh ‘Cash On Delivery’ (COD).

Melalui COD, anda boleh memeriksa condition barang yang hendak dibeli itu dan mengelakkan diri daripada ditipu.

Sekiranya hanya dibenarkan membuat bayaran secara ‘online banking’, adalah digalakkan untuk tidak membeli daripada penjual tersebut.

 

 

3. Lihat return & warranty

Selepas selesai memilih barangan yang dihendaki, anda boleh melihat ke bahagian ‘return’ dan ‘warranty’. Apabila menerima produk yang rosak atau tidak lengkap, anda boleh memulangkan barang tersebut mengikut terma yang telah disediakan.

Kedua-dua bahagian ini perlu diteliti dengan betul dan boleh rujuk di laman rasmi Lazada.

4. Berhati-hati dengan barangan yang dihantar dari luar negara

Pelanggan juga dinasihatkan untuk tidak membeli-belah barangan yang perlu dihantar dari luar negara. Keberangkalian untuk ditipu adalah tinggi kerana produk tersebut tidak boleh diperiksa dan dibeli secara COD.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga supaya pelanggan tidak tertipu.

Demikian itu, anda haruslah menjadi pembeli yang bijak kerana ramai peniaga menggunakan pelbagai cara untuk menipu pelanggan terutamanya melalui ‘online shopping’.

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending