Foodie
Barista Malaysia juara ‘World Latte Art Championship’ dua tahun berturut-turut
Secara umumnya, barista diambil dari bahasa Itali yang bermaksud orang yang membuat dan menyediakan minuman kepada pelanggan.
Dalam erti kata lain, barista juga bermaksud seseorang yang terlatih secara profesional dalam membuat kopi yang mampu menghasilkan corak di minuman tersebut.
Baru-baru ini seorang barista mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dalam pertandingan World Latte Art Championship (WLAC).
Juara dua tahun berturut-turut
Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah yang dapat digambarkan apabila barista yang mewakili negara kita, Irvine Quek Siew Lhek sekali lagi merangkul gelaran juara.
Menang dengan ukiran beruang
Dia yang juga juara Pertandingan Seni Latte Dunia 2018 (WLAB) telah mengulangi sejarah kemenangannya pada tahun ini dengan menambat hati juri dengan mempertaruhkan seni corak seekor beruang dengan ikan di mulutnya.
Selepas 365 hari kemenangannya sebelum ini, barista kacak ini membawa pulang trofi kemenangannya ke tanah air.
Kalahkan tuan rumah, beza 10 markah
Dia sangat berbangga kerana mendapat peluang untuk berentap dengan barista terbaik dunia sekaligus muncul juara dengan mengalahkan barista dari tuan rumah Korea Selatan, Kim Young Jin dengan perbezaan 10 markah sahaja.
Tiga bulan berlatih untuk satu corak
Pemuda ini mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan satu corak yang sempurna, lebih realistik dan mampu memberikan impak.
Gembira usahanya membuahkan hasil
Irvine berkata di menghadapi masa yang amat sukar dan penuh tekanan dalam membuat persediaan bagi pertandingan ini tetapi dia amat gembira kerana segala usahanya itu membuahkan hasil.
Sumber : @irvine_nj, Malaymail
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login