Foodie
Bakso perisa durian kini dijual di Terengganu
Raja buah atau durian lazimnya digemari dengan dimakan begitu sahaja. Namun, ramai yang suka menggunakan buah tersebut untuk menghasilkan satu makanan yang lain. Sebagai contoh, tempoyak, durian goreng, aiskrim durian, durian crepe dan banyak lagi.
Tapi kali ini, ianya sangat berbeza apabilah seorang pengusaha kedai makan bakso yang terkenal di Pantai Timur telah mengolah resepi baksonya kepada bakso perisa durian.
Pemilik gerai makan Ni Dio Abe Pok Mie Bakso ini sudah lebih 10 tahun berniaga menjual bakso di pasar-pasar sekitar daerah Besut, Terengganu.
Pemilik gerai bakso durian
Bakso adalah makanan yang terkenal di Indonesia, keenakan bebola daging atau ayam membangkitkan selera dan menjadi makanan popular di sana. Pemilik gerai berkenaan, Hilmi berkata dia mempelajari resepi memasak bakso dengan pekerjanya yang berasal dari Indonesia.
Di Indonesia, memang terdapat juadah seperti bakso durian, keju serta beberapa perisa lain selain daripada perisa asli seperti bakso ayam atau daging.
” Syukur jualan mi sup bakso durian yang dijual pada hari pertama di gerai ini mendapat sambutan yang baik dari pelanggan, malah ada yang menempahnya. “
Untuk menghasilkan bakso durian, sebiji buah durian akan digunakan bagi 500 gram daging yang mampu menghasilkan 60 hingga 70 biji bebola bakso.
Bakso durian yang menjadi kesukaan ramai di Besut
Harga bagi semangkuk bakso durian adalah RM5 dan bagi semangkuk bakso special adalah berharga RM8 untuk semangkuk.
Sumber: Sinar Harian
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login