Foodie
Bakal ditutup, Pancake House Malaysia buat promosi beli 1 percuma 1
Kepada penggemar makanan ‘pancake’, pastinya anda pernah berkunjung ke Restoran ‘Pancake House International’ yang boleh dijumpai di beberapa pusat beli-belah terpilih.
Namun, terdapat berita yang tidak baik apabila restoran tersebut akan ditutup sepenuhnya pada 30 April 2019. Pengumuman penutupan itu telah dimuat naik oleh pihak ‘Pancake House Malaysia’ melalui laman rasmi Instagram mereka.
Beli 1 percuma 1
Susulan itu, ‘Pancake House Malaysia’ membuat promosi beli 1 percuma 1 untuk semua hidangan ‘pancake’ dari 12 April hingga ke 30 April. Promosi tersebut adalah sebagai tanda penghargaan mereka kepada pelanggan setia restoran tersebut.
Pemilik francais ‘Pancake House Malaysia’ ialah TCRS Restaurants Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik restoran ‘The Chicken Rice Shop’.
Menurut portal Hype, jurucakap daripada syarikat tersebut telah menjelaskan bahawa perjanjian francais antara kedua-dua pihak telah tamat dan mereka membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak.
Sedapnya…
Antara beberapa cawangan yang masih beroperasi adalah di Quill City Mall, Mid Valley dan IOI City Mall. Oleh itu, bolehlah anda berkunjung ke restoran tersebut sebelum ianya ditutup sepenuhnya penghujung April ini.
Sumber: Hype
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login