Connect with us

Travel

Angry Birds Splash Water World pertama di dunia kini dibuka di Malaysia!

Published

on

Suatu masa dulu, kewujudan Angry Birds pernah menjadi kegilaan semua orang bermula dari game sehinggalah filem.

Sempena dengan sambutan anniversary Angry Birds yang ke-10, Rovio Entertainment telah berkerjsama dengan dengan syarikat One Universal Production Sdn Bhd, iaitu salah satu penganjur di Malaysia untuk membawa sesuatu yang menarik ke sini!

Angry Birds Splash Water World

Hasil kerjasama itu akan membawa keseronokan yang tidak terhingga kepada semua orang apabila taman tema air Angry Birds Splash Water World bertempat di Setia Eco Hill, Semenyih sepanjang cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba.

1,500 tiket setiap hari

Bagi kelancaran operasi dan aktiviti, tiket hanya akan dijual sebanyak 1,500 sahaja setiap hari dan harga tiket masuk bermula RM35 hingga RM50, taman tema ini mula beroperasi pada 22 November 2019 hingga 5 Januari 2020.

Pertama di dunia

Idea ini merupakan inisiatif terbaik kepada negara kita sempena kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020 kerana ini taman tema Angry Birds ini adalah yang pertama di dunia!

Sambutan hebat selama dua bulan

Populariti Angry Birds ini tidak dapat dinafikan lagi apabila filem Angry Birds Movie 2 mendapat sambutan yang menggalakkan dan sekaligus menyakinkan taman tema ini akan mendapat sambutan yang sama juga.

Kemunculan Angry Birds di taman tema air

Paling menarik adalah akan ada watak-watak utama yang menjadi kegilaan seperti Red, Chuck, Bom, Terence, Eagle Mighty dan juga Hatchlings.

Gelongsor berketinggian 12 meter

Seperti taman tema air yang lain, pasti akan ada pelbagai permainan yang menghiburkan kanak-kanak dan orang dewasa.

Paling best adalah slide setinggi 12 meter, kedai-kedai menjual barangan ekslusif Angry Birds, maskot-maskot dan banyak lagi.

Sumber : freemalaysiatoday, fmt ohsem

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending