Travel
Angkara kes pengait buah di Australia, enam gadis dihalang menaiki pesawat
Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia yang hendak melancong ke Australia sudah dikawal ketat dan visa juga tidak mudah untuk diluluskan. Semua ini terjadi akibat sikap sesetengah individu dari Malaysia yang bekerja di ladang-ladang buah di Australia dengan menyalahguna visa pelancong. Kumpulan individu tersebut dianggap seperti warga asing yang tanpa permit bekerja di sana.
Susulan kes berkenaan, pihak imigresen Australia mengetatkan kawalan mereka terhadap rakyat Malaysia yang ingin ke sana. Kalau dahulu senang sahaja visa diluluskan namun sekarang visa hanya diluluskan sekiranya mempunyai bukti kukuh, dokumen-dokumen yang lengkap sebagai seorang pelancong atau pelajar di sana.
Tidak terkecuali terkesan dari permasalahan tersebut, seorang pengguna Twitter, Reen Zahari berkongsi pengalaman dan situasi dimana dia dan rakan-rakannya dihalang daripada meneruskan perjalanan ke Australia.
Semua berjalan elok je plan, takde masalah, visa pon lulus
Tiba-tiba didatangi staff
Eh kenapa kena soal siasat pulak ni?
Dah terangkan pon dia memang tak percaya
Dia syak kitorang pergi sana untuk bekerja
Sah, memang tak dapat fly padahal selangkah je lagi dari pintu pesawat
Taknak dengar langsung penjelasan kitorang
Walaupun ramai staff yang berada bersama sewaktu kejadian tapi semua itu di luar bidang kuasa mereka kerana katanya staff yang menyoal siasat mereka adalah staf imigresen dari Australia. Pihak dari sana mengesyaki kumpulan ini berhajat untuk bekerja di sana dan bukan untuk bercuti walaupun dokumen-dokumen perjalanan sudah diserahkan.
Walaubagaimanapun, mereka sempat menempah tiket penerbangan baru ke Krabi bagi mengubat hati yang sudah kecewa akibat kejadian tersebut. Pesanan buat rakyat Malaysia yang berhajat ke sana, seeloknya bagi yang bekerja, sediakan surat pengesahan dari syarikat atau bos anda untuk mengesahkan anda adalah pekerja di situ dan bukan berniat untuk bekerja di Australia.
Sumber: Reen Zahari
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login