Connect with us

Travel

Amal sistem ‘Dispensary Separation’, ubatan di farmasi Australia jadi pilihan ramai kerana lebih murah!

Published

on

Negara Australia adalah salah satu destinasi percutian yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain memerlukan perjalanan hanya 8 jam, tempatnya yang menarik turut menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke negara tersebut.

Baru-baru ini, sebuah laman Facebook, Galakjalan telah memuat naik posting berkenaan dengan beberapa barang yang wajib diborong sekiranya ke farmasi di Australia.

Berikutan negara mereka yang mengamalkan sistem ‘Dispensary Separation’, di mana doktor hanya berperanan membuat pemeriksaan, memberi konsultasi dan menulis prescription. Maka, farmasi di negara tersebut menjual pelbagai jenis ubatan dan produk.

6 barang yang harus diborong apabila ke farmasi di Australia.

1. Minyak wangi

Menurut Galakjalan, minyak wangi yang dijual di situ adalah lebih murah berbanding di lapangan terbang. Orang ramai juga tidak perlu risau sekiranya ia adalah produk palsu, kerana rata-rata harganya dalam lingkungan 50-70% murah dari harga di Malaysia.

2. Vitamin & Supplement

Di farmasi Australia, anda boleh menjumpai pelbagai jenis vitamin dan supplement, lengkap dari segi penjagaan diri, kini boleh dibeli di farmasi tersebut.

Sebagai contoh, produk jenama Berocca dijual 30-50% lebih murah berbanding produk Malaysia.

3. Produk kecantikan

Pelbagai jenis krim dan produk kecantikan kulit yang berkualti boleh didapati dan dijamin selamat. Antaranya, produk jenama Cetaphil yang boleh dibeli dengan harga 50% lebih murah di Australia.

4. Minyak Emu

Minyak Emu turut dijual di farmasi Australia, produk ini sesuai dibeli dan dihadiahkan kepada para ibu di luar sana. Oleh itu, produk ini boleh dijadikan buah tangan untuk orang tua.

5. Berus gigi elektronik

Siapa sangka berus gigi elektronik boleh dibeli dengan harga RM60 sahaja di Australia, jauh berbeza harganya di Malaysia yang boleh mencecah RM300.

6. Produk penjagaan kulit

Selain itu, produk penjagaan kulit seperti Benzac boleh didapati dalam bentuk botol yang besar dan murah.

Pada kebiasaannya, kedai farmasi di Australia akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga ke pukul 12 tengah malam. Galakjalan juga menyarankan pelancong untuk berkunjung ke farmasi yang bernama ‘Chemist Warehouse’.

Jadi, kepada pelancong yang bercuti ke Australia, anda boleh membeli produk berikut dengan harga yang murah dan berbaloi.

Sumber: Galakjalan

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending