Connect with us

Foodie

Aiskrim percuma, sempena pembukaan ‘outlet’ pertama Ben&Jerry di Sunway Pyramid, Malaysia

Published

on

Ais krim popular Amerika Ben & Jerry yang juga pengeluar yogurt beku dan sorbet akan melancarkan kedai pertamanya di Malaysia di pusat beli-belah Sunway Pyramid, 2 September ini.

Berita menarik telah dikongsi melalui laman Facebook rasmi Ben & Jerry di Malaysia baru-baru ini.

“Kedai aiskrim pertama Ben & Jerry dibuka di stesen minyak yang telah diubahsuai di Vermont, pada tahun 1978. Sekarang, kami membuka satu di Sunway Pyramid!” Membaca status yang di laman facebook, kedai pertama Ben & Jerry.

Kedai aiskrim yang pertama di buka

Ben & Jerry’s first Scoop Shop was opened in a renovated gas station in Vermont, back in 1978. Now, we’re opening one in Sunway Pyramid!

Posted by Ben & Jerry's on Monday, August 19, 2019

10,000 sudu percuma sempena pembukaan!

Bersempena dengan pembukaan baru Ben & Jerry akan menyambut rakyat Malaysia dengan 10,000 sudu percuma pada 2 September 2019 (Isnin) dari 12 tengah hari hingga 8 malam.

Terdapat 16 jenis ais krim

Ben & Jerry sudah bersedia untuk memperkenalkan menu 16 buah ais krim yang menarik, termasuk jenama terlaris di seluruh dunia – Cherry Garcia, Chocolate Fudge Brownie, Chunky Monkey, New York Super Fudge Chunk, Triple Caramel Chunk dan Tonight Dough, bersama shake baru , sundae, kek ais krim dan pelbagai .

Menurut Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Shiv Sahgal berkata,

“Kami berbangga pelanggan kami semakin sedar tentang produk dan ramuan yang mereka ambil , dan jenama . Kami di Unilever dengan bangga memperkenalkan Ben & Jerry’s ke pasaran dan nilai-nilai yang kukuh bersama-sama dengannya. Kami berharap dapat mendidik pengguna tempatan kami mengenai sejarah jenama dan misi sosial unik kami yang bertujuan untuk mencipta perbezaan positif di dunia. Kami tahu sekarang lebih daripada itu, rakyat Malaysia bersedia menyebarkan keamanan, cinta dan ais krim bersama Ben & Jerry’s, “

Ben & Jerry’s mesra Planet

Ben & Jerry di Malaysia telah bekerjasama dengan  pelajar-pelajar untuk membuka peluang dalam bidang keusahawanan, Industri Makanan & Minuman untuk menghasilkan produk yang akan disediakan di Ben & Jerry di Kuala Lumpur.

Di samping itu, Ben & Jerry di Malaysia akan mengurangkan penggunaan plastik di dalam kedai, menawarkan penyedut minuman dan sudu mesra alam.

Ben & Jerry juga boleh didapati  di pasar raya utama seperti AEON, Jaya Grocer dan Tesco. Jadi moo-laysia  sediakan sudu anda dengan Ben & Jerry’s !

Sumber: Food Malaysia

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending