Connect with us

Foodie

AirAsia perkenalkan menu baru, teh boba berbentuk berlian di atas awan!

Published

on

Perhatian untuk peminat tegar teh boba atau bubble tea! Ada benda baru korang patut tahu mengenai minuman yang menjadi ‘kegilaan’ orang ramai itu.

Oleh kerana penangan teh boba semakin mendapat perhatian, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Thailand tidak terkecuali bagi memperkenalkan minuman tersebut di atas awan. Hebat ke tidak?

Walaupun ramai tahu tentang bahaya teh boba yang tidak disenaraikan dalam minuman sihat, tetapi AirAsia Thailand menawarkan pilihan lebih sihat kepada pelanggan mereka iaitu boba ‘konjac’ iaitu sejenis tumbuhan Asia yang ditemui di Asia Tenggara.

กินชานมไข่มุกที่ร้านทั่วๆไป มันก็จะดูธรรมดาเกินได้ข่าวว่าบนเครื่องบินเดี๊ยวนี้มีชานมไข่มุกขายแล้ว!!อีเทิ้ลไม่รอช้า…

Posted by อีเทิ้ลรีวิว on Saturday, July 20, 2019

Menurut laporan Medical News Today, ‘konjac’ boleh menjaga kadar gula dalam darah, mempunyai kolesterol rendah, memperbaiki kulit dan usus, menyembuhkan luka serta membantu mengurangkan berat badan.

Bukan itu sahaja, lebih menarik apabila boba ‘konjac’ juga dihasilkan dalam bentuk seperti berlian! Eh rasa sayang pula nak makan.

Disebabkan teh boba adalah menu terbaru mereka, hanya terdapat satu perisa yang boleh dihidangkan buat masa ini.

Menerusi laman Instagram, AirAsia Thailand memberitahu bahawa teh boba unik ini akan ditawarkan kepada semua penerbangan AirAsia Thailand dan AirAsiaX Thailand serta dijual dengan 75 baht (RM10).

Sumber : AirAsia , Medical News Today

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending