Foodie
AirAsia perkenal burger merah penyelamat nyawa
Selepas baru sahaja melancarkan menu bubble tea terbaru, Chatime Bandung Sago Pearl Milk Tea, AirAsia kembali lagi dengan pelancaran produk terbaru namun dengan tujuan yang berbeza.
Kali ini, AirAsia dengan tanggungjawab sosialnya telah memperkenalkan burger baru yang digelar ‘penyelamat nyawa’. Serius betul bunyi burger tu. Tapi burger apa sebenarnya ni?
Bermula 2 Julai 2019, para penumpang AirAsia yang lapar akan berpeluang untuk menyumbang ke arah kebaikan dengan hanya membuat pesanan khas makanan di dalam pesawat yang telah disediakan oleh chef terkenal.
Syarikat penerbangan tambang murah ini telah bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (RED), bersama dengan Duta Besar Chef Selebriti yang berpangkalan di New York, iaitu Hong Thaimee untuk sama-sama menyokong perjuangan menentang penyakit AIDS.
Kerjasama tersebut telah berjaya melahirkan sebuah menu baru buat penerbangan Asean (SANTAN), iaitu burger yang diberi nama INSPI(RED). Burger tersebut mengandungi elemen gabungan di antara Thailand dan juga Amerika.
Burger yang mengapit ramuan istimewa, kepingan daging ayam yang diperasakan dengan sos ikan, daun limau purut, serta serai, bersama nam prik noom mayo (mayonis cili hijau), hirisan kobis ungu, tomato dan juga roti bit merah.
Menurut AirAsia, 10% dari setiap jualan burger INSPI(RED) akan disalurkan kepada The Global Fun dimana pihak organisasi RED bekerjasama untuk menyokong ujian HIV dan AIDS, proses kaunseling, rawatan dan juga pencegahan di rantau Asia.
Burger INSPI(RED) ini boleh didapatkan dengan melalukan pra-tempahan makanan di atas pesawat pada semua penerbangan kecuali yang dikendalikan dengan AirAsia India dan juga AirAsia Japan.
Sumber: Business Insider
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login