Foodie
80 tahun dan hidup sebatang kara, Uncle ini masih jual roti sandwich RM3 di Pudu
Pasti ada di antara kita yang mempunyai kehidupan yang baik tanpa perlu bersusah-payah dan yang harus bekerja dengan kudrat empat kerat.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”, itulah yang dapat digambarkan atas nasib seorang uncle yang berbangsa Cina melalui posting Soulusi di laman Facebook.
Wilson Berger buka setiap hari depan Pudu, ICC
Seorang pak cik ini masih menjual roti sandwich di hadapan pintu masuk Pudu, ICC setiap hari tidak kiralah sama ada panas atau hujan.
Dia yang menjual roti sandwich itu hanya menaiki motorsikal dan mudah dikenalpasti. Motosikal roda tiganya diberi nama “Wilson Berger”.
Berniaga lebih 40 tahun dan hidup sebatang kara
Pak cik ini telah berniaga selama lebih dari 40 tahun berkata, dia hidup sebatang kara tanpa isteri, anak-anak dan kedua ibu bapanya juga telah lama meninggal.
Dia juga yang telah terputus hubungan dengan adik-beradiknya dan sekarang telah menyewa di bilik sewa yang berdekatan.
Sudah tua tapi pergerakan cepat
Walaupun sudah dimamah usia, Uncle ini masih aktif dan berupaya untuk menyediakan roti kepada pelanggangnya.
Sebelum ini, dia bekerja sebagai pekerja pembinaan dan mengalami kesukaran untuk berdiri lama.
30 hingga 50 roti sandwich tiap hari!
Uncle ini biasanya akan menjual kira 30 hingga 50 roti sandwich setiap hari dan ia cukup untuk menampung kehidupannya yang tidak mempunyai tanggungan apa-apa.
Untung sikit tapi masih bersyukur
Walaupun hanya mendapat untung kurang dari RM1 bagi setiap roti sandwich yang dijualnya pada harga RM3, uncle tetap bersyukur.
Pernah menjual di Pasar Imbi sebelum ini
Sebelum ini, Uncle ini berniaga di Pasar Imbi sebelum bertukar lokasi ke Pudu ICC dan memuji roti sandiwch yang dijual murah dan dia sangat baik.
Sumber : Soulusi
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login