Connect with us

Foodie

8 lokasi ‘Instagrammable’ wajib anda singgah jika ke Cameron Highlands!

Published

on

Jika anda berada di Semenanjung Malaysia dan sukakan suasana yang mendamaikan serta persekitaran yang sejuk, Cameron Highland pasti menjadi pilihan anda.

Salah satu destinasi popular yang wajib untuk dikunjungi kerana mempunyai banyak tempat untuk dilawati dan pengunjung juga dapat menghirup udara yang segar.

Disini, ada lapan tempat yang sering menjadi tumpuan dan memang ‘insta-worthy’ lebih-lebih lagi jika anda kaki OOTD!

Cactus Valley Farm

Terletak di pekan Brinchang, peminat kaktus pasti teruja kerana terdapat sekitar 1,000 spesies kaktus di sini.

Bukan itu sahaja, terdapat juga bunga-bungaan dan pokok hiasan dari pelbagai saiz dan warna.

  • Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.
  • Waktu beroperasi: 8 pagi – 6 petang
  • Bayaran masuk: RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)

Pasar KEA

Dari jagung bakar manis sehinggalah ke sayur-sayuran anda boleh dapatkan di pasar KEA yang memang wajib untuk anda singgah.

  • Lokasi: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang, Malaysia
  • Waktu beroperasi: Awal pagi -lewat petang
  • Bayaran masuk: Percuma

200 seeds café by Abang Strawberry

Bagi anda yang ingin menikmati nasi lemak viral iaitu nasi lemak sambal strawberi, inilah masanya untuk anda singgah ke 200 Seed Cafe by Abang Strawberry ini.

  • Lokasi: No 27, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.
  • Waktu beroperasi: 8 pagi – 8 malam.
  • Bayaran masuk: Ikut menu

Lavendar garden

Terletak di Tringkap, ambil gambar untuk Instagram berlatarbelakangkan barisan bunga-bunga lavendar pasti cantik sangat!

Dah penat bersiar-siar di taman ini, anda boleh singgah ke kafe untuk menikmati minuman dan makanan yang berasaskan lavendar.

  • Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands
  • Waktu beroperasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Bayaran masuk: RM8

Air Terjun Robinson

Air terjun Robinson ini antara tempat yang wajib anda lawat lebih-lebih lagi jika anda sukakan aktiviti lasak.

Dinamakan sempena H.C Robinson sebagai penghargaan kerana ditugaskan untuk mengkaji kesesuaian tanah tinggi untuk dibangunkan pada tahun 1922.

  • Lokasi: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland
  • Waktu beroperasi: Seeloknya pergi ketika cuaca cerah
  • Bayaran masuk: Percuma

Big Red Strawberry Farm

Ini adalah tempat untuk anda lawati kerana dikatakan antara tempat tanaman strawberri terbesar.

Ambil gambar di tengah-tengah ladang atau pun ketika memetik strawberri memang cantik!

  • Lokasi: Brinchang, 39000, Cameron Highlands
  • Waktu beroperasi: 8.30 pagi – 6 petang
  • Bayaran masuk: Percuma

Cameron Adventurous ATV

Terletak 22 kilometer dari Tanah Rata, Cameron Adventurous ATV merupakan aktiviti yang anda kena cuba!

Selain ATV, ada juga 4×4 safari yang memang menarik untuk anda cuba juga.

  • Lokasi: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands
  • Waktu beroperasi: 9 pagi – 6 petang
  • Bayaran masuk: 4×4 Safari (RM10), ATV Safari (RM50), Extreme ATV (RM65)

Rose Centre

Jika anda ke Pasar KEA, anda wajib ke Rose Centre iaitu ladang bunga ros dari pelbagai jenis dan warna.

Anda juga berpeluang untuk melihat bunga lain dan paling best anda mungkin berpeluang untuk melihat pelbagai bunga mekar!

  • Lokasi:Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland
  • Waktu beroperasi: 8.00 pagi – 6 petang
  • Bayaran masuk: RM5 (Dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak)

Sumber : Shahirah Ridzwan, Deena Maisarah, Shamir Ashraf, Amieera Azmi,  Google

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending