Connect with us

Foodie

7 makanan dan minuman halal yang wajib dibeli di 7-Eleven Thailand

Published

on

Kepada yang pernah berkunjung ke Thailand, pasti terkejut dengan variasi makanan dan minuman yang terdapat di kedai serbaneka 7 Eleven. Harga yang ditawarkan di 7-Eleven Thailand juga lebih berpatutan, ia sudah semestinya menjadi tumpuan para pelanggan untuk membeli makanan dan barang keperluan mereka.

7-Eleven di negara gajah putih itu, sememangnya mempunyai kelainan yang tersendiri kerana ia menjual pelbagai barangan yang tidak dapat dijumpai di pasaran Malaysia.

Namun, bagi pelanggan yang beragama Islam pula, mereka perlu lebih berhati-hati apabila memilih produk kerana terdapat sebahagian produk yang tidak mempunyai logo Halal.

Ini 7 makanan dan minuman yang wajib dibeli di 7-Eleven Thailand.

1. Susu pekat Teapot

Susu pekat Teapot ini pernah tular di media sosial, produk ini telah menjadi pilihan dan rebutan orang ramai untuk membelinya. Ia boleh didapati di 7-Eleven Thailand.

Susu pekat Teapot ini memudahkan pelanggan untuk membawanya ke merata tempat, harganya juga lebih murah berbanding di Malaysia.

2. Kopi Arabus

Kepada penggemar kopi di luar sana, kopi Arabus hanya boleh dijumpai di 7-Eleven Thailand, rasanya yang pekat dan enak menyebabkan ia menjadi pilihan ramai.

Pelanggan boleh memilih antara empat jenis perisa iaitu Mocha, Latte, Caramel dan Espresso.

3. Roti Mochi Choux Cream

Apabila bercuti ke Thailand, pastinya anda ingin mendapatkan juadah roti sebagai penggalas perut dan roti Mochi Choux Cream adalah pilihan terbaik anda.

4. CP Burger Segera

Sekiranya rindu dengan Ramly Burger di Malaysia, pelanggan boleh membeli pelbagai jenis burger segera. Antara yang terdapat di sana adalah burger perisa ayam, tom yam, ikan dan banyak lagi.

Burger segera yang terdapat di 7-Eleven Thailand adalah di bawah jenama CP Burger di mana makanan ini pasti dapat menggalas perut pelanggan buat sementara waktu.

5. Hot Dog Halal

Seperti 7-Eleven di Malaysia, kedai serbaneka di sana juga menyediakan makanan hot dog yang halal kepada orang ramai. Namun, terdapat perbezaan di mana 7-Eleven Thailand menjual pelbagai perisa hot dog yang boleh dinikmati oleh pelanggan.

Antara perisa hot dog yang boleh dipilih oleh pelanggan ialah cheese dan chilli cheese. Chilli cheese sesuai untuk pelanggan yang gemar dengan makanan pedas, rasanya kenyal dan ranggup apabila dimakan.

6. Sariem in coconut milk

Pastinya selepas menikmati makanan berat, pelanggan boleh membeli pelbagai pencuci mulut. Antaranya ialah cocconut milk dan sweet mung bean porridge with taro.

Hidangan pencuci mulut yang terdapat di kedai serbaneka ini pastinya mampu menghilangkan dahaga dan rasanya yang manis melegakan tekak selepas seharian bercuti di Thailand.

7. Betagen

Pelanggan boleh mencuba Yakult versi Thailand yang digelar Betagen dan memilih untuk membeli minuman berkhasiat ini dalam pelbagai saiz antaranya kecil, sederhana dan besar.

Tidak seperti Yakult yang terdapat di Malaysia, rasa Betagen tidak terlalu manis jika dibandingkan dengan Yakult, ia sesuai untuk pelanggan yang tidak gemar dengan minuman yang terlalu manis.

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending