Travel
7 cenderahati yang wajib dibeli jika anda berkunjung ke Kashmir, India
Negara India semakin menjadi destinasi popular kepada rakyat Malaysia untuk pergi bercuti, dan Kashmir merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan orang ramai. Kawasan pergunungannya yang cantik dan indah, seakan-akan di Switzerland telah menjadikan Kashmir sebagai salah satu tempat kegemaran pelancong.
Apabila bercuti ke sesuatu tempat, pastinya anda akan membeli cenderahati untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui cenderahati yang harus dibeli jika anda melawat ke Kashmir.
Berikut merupakan 7 jenis cenderahati yang anda boleh beli, apabila berkunjung ke negeri Kashmir, India.
1. Manisan
Pelancong yang berkunjung ke Kashmir boleh membeli pelbagai jenis manisan yang terdapat di negeri itu, rasanya yang manis sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Namun, ia sesuai dihadiahkan kepada kanak-kanak.
Pada kebiasaannya, manisan tersebut boleh bertahan selama 3 hari. Namun, pelancong dinasihatkan untuk membelinya pada sehari sebelum pulang ke tanah air.
2. Kain sari
Selain manisan, kain sari juga merupakan cenderahati yang boleh dibeli. Pakaian tradisional India ini mempunyai beberapa jenis fabrik seperti sutera dan chiffon. Namun harga sepasang sari adalah berbeza serta bergantung kepada fabrik dan coraknya.
Walaupun boleh didapati di Malaysia, namun kain sari di negeri itu mempunyai kelainannya yang tersendiri.
3. Bakul Willow
Menariknya tentang bakul ini adalah ia diperbuat daripada kayu Willow, yang merupakan pokok yang tumbuh di kawasan hemisfera Utara. Bakul ini boleh digunakan sebagai barang perhiasan atau keperluan dalam rumah, yang sesuai untuk menyimpan barang kerana ia mempunyai ketahanan yang kuat.
4. Pashmina (Selendang)
Pashmina atau lebih dikenali sebagai selendang merupakan sejenis shawl yang terkenal di Kashmir. Pastinya kain selendang ini menjadi rebutan para wanita, kerana coraknya yang cantik dan halus.
Selain itu, selendang buatan Kashmir juga amat selesa dipakai, dan sesuai dihadiahkan kepada wanita yang gemar memakai shawl.
5. Keychain
Bagi pengumpul keychain di luar sana, anda boleh membeli keychain ukiran kayu di Tasik Dal (Dal Lake) kerana harganya lebih berpatutan, berbanding jika membeli di kedai biasa. Keychain berbentuk houseboat ini boleh didapati di Kashmir sahaja.
6. Beg
Beg tangan antara cenderahati yang sering dibeli oleh pelancong, sulamannya yang cantik dan kemas membuatkan orang ramai terpikat apabila melihatnya. Oleh itu, pelancong boleh membeli beg ini dan memberikannya kepada seseorang yang istimewa.
7. Saffron (Kunyit)
Kashmir telah diiktiraf sebagai sebuah negeri yang memiliki saffron terbaik di dunia dan mendapat gelaran, “Worlds Best Saffron'”. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya pelancong sering ke Kashmir untuk membeli saffron bermutu tinggi.
Kepada pelancong yang inginkan kelainan, bolehlah membeli saffron sebagai hadiah cenderahati kepada kenalan.
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login