Connect with us

Travel

7 cenderahati yang wajib dibeli jika anda berkunjung ke Kashmir, India

Avatar

Published

on

Negara India semakin menjadi destinasi popular kepada rakyat Malaysia untuk pergi bercuti, dan Kashmir merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan orang ramai. Kawasan pergunungannya yang cantik dan indah, seakan-akan di Switzerland telah menjadikan Kashmir sebagai salah satu tempat kegemaran pelancong.

Apabila bercuti ke sesuatu tempat, pastinya anda akan membeli cenderahati untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak mengetahui cenderahati yang harus dibeli jika anda melawat ke Kashmir.

Berikut merupakan  7 jenis cenderahati yang anda boleh beli,  apabila berkunjung ke negeri Kashmir, India.

1. Manisan

Pelancong yang berkunjung ke Kashmir boleh membeli pelbagai jenis manisan yang terdapat di negeri itu, rasanya yang manis  sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Namun, ia sesuai dihadiahkan kepada kanak-kanak.

Pada kebiasaannya, manisan tersebut boleh bertahan selama 3 hari. Namun, pelancong dinasihatkan untuk membelinya pada sehari sebelum pulang ke tanah air.

2. Kain sari

Selain manisan, kain sari juga merupakan cenderahati yang boleh dibeli. Pakaian tradisional India ini mempunyai beberapa jenis fabrik seperti sutera dan chiffon. Namun harga sepasang sari adalah berbeza serta bergantung kepada fabrik dan coraknya.

Walaupun boleh didapati di Malaysia, namun kain sari di negeri itu mempunyai kelainannya yang tersendiri.

3. Bakul Willow

Menariknya tentang bakul ini adalah ia diperbuat daripada kayu Willow, yang merupakan pokok yang tumbuh di kawasan hemisfera Utara. Bakul ini boleh digunakan sebagai barang perhiasan atau keperluan dalam rumah, yang sesuai untuk menyimpan barang kerana ia mempunyai ketahanan yang kuat.

4. Pashmina (Selendang)

Pashmina atau lebih dikenali sebagai selendang merupakan sejenis shawl yang terkenal di Kashmir. Pastinya kain selendang ini  menjadi rebutan para wanita, kerana coraknya yang cantik dan halus.

Selain itu, selendang buatan Kashmir juga amat selesa dipakai, dan sesuai dihadiahkan kepada wanita yang gemar memakai shawl.

5. Keychain

Bagi pengumpul keychain di luar sana, anda boleh membeli keychain ukiran kayu di Tasik Dal (Dal Lake) kerana harganya lebih berpatutan, berbanding jika membeli di kedai biasa. Keychain berbentuk houseboat ini boleh didapati di Kashmir sahaja.

6. Beg

Beg tangan antara cenderahati yang sering dibeli oleh pelancong, sulamannya yang cantik dan kemas membuatkan orang ramai terpikat apabila melihatnya. Oleh itu, pelancong boleh membeli beg ini dan memberikannya kepada seseorang yang istimewa.

7. Saffron (Kunyit)

Kashmir telah diiktiraf sebagai sebuah negeri yang memiliki saffron terbaik di dunia dan mendapat gelaran, “Worlds Best Saffron'”. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya pelancong sering ke Kashmir untuk membeli saffron bermutu tinggi.

Kepada pelancong yang inginkan kelainan, bolehlah membeli saffron sebagai hadiah cenderahati kepada kenalan.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending