Connect with us

Foodie

6 tempat menarik untuk sambut hari jadi anak di sekitar Kuala Lumpur

Published

on

Apabila merancang untuk menyambut hari jadi anak, terdapat banyak tempat yang menarik tapi tak sesuai untuk kanak-kanak. Kena ada makanan yang sesuai untuk dorang kan nanti cirit pulak anak, tak pasal-pasal. Lepas tu mesti nak tempat yang ceria takdala anak korang sibuk nak ajak balik, ye dok.

Korang pun mesti nak ajak member anak sekali, takpe jangan pening, kat sini ada beberapa tempat sesuai dan menarik untuk korang pilih sebagai tempat korang nak celebrate birthday anak korang kali ni.

1. Little Rimba

Kafe Little Rimba yang terletak di TTDI ini merupakan ‘adik-beradik’ kepada kafe Rimba dan Rusa di Kota Damansara. Ruangan dalaman Little Rimba berkonsepkan warna-warna pastel yang terang menjadikan suasana di dalam kafe ini ceria dan sesuai untuk kanak-kanak. Dari segi menu pula, kafe ini menyajikan makanan barat dan juga tempatan.

Little Rimba TTDI
No.1 Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr Ismail, 60000
Kuala Lumpur

Waktu Operasi :
Selasa-Ahad : 7.30 – 6.30 pm
Isnin cuti

2. Blokke Cafe

Selain Little Rimba, korang juga boleh menyambut majlis hari jadi anak di Blokke Cafe ini. Kafe yang berkonsepkan Lego ini pastinya dapat membuat si kecil berasa teruja.

Apa yang menjadikan kafe ini lebih menarik adalah selain daripada menikmati hidangan enak seperti nasi lemak, brownies dan milkshakes di sini, pengunjung turut boleh meluangkan masa menyertai bengkel playwork seperti; Car Race Zone dan Soft Brick Zone.

Blokke Cafe
F41, Tingkat 1, Citta Mall,
Jalan PJU 1A/48A, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat ; 11am-9malam
Ahad & Sabtu ; 10am-9pm

3. Lillipilli, The Parenthood Playland

Terletak di Sunway Putra Mall, kafe yang berkonsepkan kekeluargaan, iaitu Lillipilli, The Parenthood Playland. Menu yang istimewa di kafe ini ialah Nasi Lemak Rendang Ayam.

Kafe ini sesuai untuk diadakan majlis sambutan hari jadi kerana ianya mempunyai ciri-ciri family friendly di mana si kecil boleh bermain sepuas hati di playground yang disediakan oleh pihak kafe. Bagi mak-mak yang nak curi masa, korang boleh dapatkan memanjakan diri dengan perkhidmatan manicure yang di kafe ini.

Lillipilli, The Parenthood Playland
Cafe 2, The Parenthood, Tingkat 3,
Sunway Putra Mall, No. 100 Jalan Putra
Chow Kit, 50350, Kuala Lumpur.

Waktu operasi:
Setiap hari: 10am-10pm

4. Bucket B Cafe

Bucket B Cafe yang terletak di IPC Mutiara Damansara ini sesuai untuk diadakan majlis sambutan hari jadi anak kerana konsep santai dan kids-friendly yang dimiliki kafe ini.

Bucket B Cafe
L2.11-L2.13, Tingkat 2, IPC Shopping Centre,
NO 2, Jalan PJU 7/1, Mutiara Damansara
Petaling Jaya, Malaysia 46200

Waktu operasi :
Setiap hari : 10am-10pm

5.Gula Cakery

Bagi mereka yang gemar menggunakan Instagram pastinya pernah mengenali kafe Gula Cakery ini. Sesuai untuk diadakan majlis sambutan hari jadi anak bagi mereka yang mahu berkonsepkan ala masterchef.

Selain dari kek mereka yang sedap, korang juga boleh pilih course makanan yang sedap dan sesuai untuk anak-anak sebab kafe ni mempunyai lebih dari 150 hidangan yang korang boleh pilih.

Gula Cakery
11 Jalan Anggerik, Aranda BG 31/BG,
Kota Kemuning 40460, Selangor

Waktu operasi :
10am-10pm, Isnin cuti.

6. Big Daddy Little Chefs, Happikiddo

Big Daddy Little Chefs, Happikiddo merupakan salah satu kafe yang sesuai untuk sambut majlis hari jadi anak. Kafe yang berkonsepkan taman mini ini terletak di Quill City Mall. Sambil sambut hari jadi anak, korang boleh shopping untuk anak-anak sebab disini juga menjual barangan kelengkapan bayi dan kanak-kanak.

Kafe ini menyediakan pelbagai menu yang sangat menarik seperti chicken chop, spaghetti dan laksa Johor. Bila dah buat majlis anak, mesti nak ajak kawan-kawan datang sekali kan, dan kat sini boleh muat sampai 40 orang. Harga juga berpatutan.

Big Daddy Little Chefs, Happikiddo
Lot No 2.26-2.31, Tingkat 2, Quill City Mall
1018 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : Isnin-Jumaat ; 12-9pm
Sabtu 10-10pm
Ahad 10am-1am.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending