Travel
“5,631 dong bersamaan RM1 je!” – View cantik dan belanja murah di Phu Quoc, Vietnam, Wanita kongsi itinerary
Pelancong yang datang ke Vietnam selalunya akan mengunjungi bandar Ho Chi Minh untuk membeli-belah dan melawat tempat bersejarah, namun berbeza dengan wanita ini apabila dia membuat keputusan untuk bercuti di Phu Quoc, Vietnam.
Quzarina Syazareen telah berkongsikan itinerary sepanjang berada di sana bersama keluarganya di Phu Quoc, Vietnam dengan bajet yang sederhana.
Phu Quoc adalah sebuah pulau Vietnam yang terletak di luar perairan Kemboja. Pulau tersebut terkenal dengan pantai yang putih serta resort-resort yang cantik. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit dari KL ke Phu Quoc.
“Bagi yang tak tahu, RM1 bersamaan dengan 5,631 dong (duit Vietnam)”
Tips-tips yang diberikan dalam perkongsian ini amat berguna buat pelancong Malaysia yang bercadang untuk ke sana pada masa akan datang.
Menurut Quzarina Syazareen, mereka telah membawa banyak bekalan makanan dari Malaysia kerana di sana mempunyai tempat makanan halal yang terhad iaitu 2 buah restoran India Muslim dan juga Arab.
“Korang yang cepat kelaparan tu eloklah sediakan banyak sedikit makanan segera seperti Brahim, roti, sardin, mee segera dan sebagainya.”
Tempat-tempat menarik
1.SUNSET SANATO BEACH CLUB
Cantik sangat view di Sanato Beach!
Seronok sangat, tambah lagi dengan family dan kawan-kawan
2. VINPEARL LAND
*Korang kena take note part bawak bekal makanan ke them park tersebut, yang pack dalam tupperware sahaja dibenarkan masuk, kalau taknak makanan korang kena buang macam tu je, so be ready.
Fefeeling macam kat Disneyland pulak ha
Korang tinggal bergaya depan kamera je
Seronok sangat, macam-macam boleh experience kat sini!
3. WORLD LONGEST CABLE CAR
Tengok gambar pon tau semua enjoy sangat
4. SAO BEACH
Kalau bukan musim hujan, mesti lagi cantik!
5. GOLDEN SAND BEACH
Kena sangat view cantik tersebut dengan outfit yang dipakai 😍
Macam-macam posing boleh buat
Quzarina Syazareen juga turut menyarankan supaya pelancong memuat naik google translate, kerana kebanyakan penduduk tempatan tidak memahami bahasa Inggeris.
Sumber: Quzarina Syazareen
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login