Foodie
5 tips memilih durian yang terbaik!
Harga durian bukannya murah, kalau nak beli mesti kita akan pilih yang paling terbaik antara terbaik barulah berbaloi bukan. Kalau orang tua-tua mesti dah expert bab pilih durian yang isinya sedap, tapi masih ramai yang tak tahu caranya.
Jom tengok 5 tips untuk memilih durian yang terbaik untuk dikongsi bersama.
1. Duri
Sebaiknya pilih durian yang berduri pendek, tumpul serta jarang antara satu sama lain. Durian yang memiliki duri sedemikian kebiasaannya mengandungi isi yang sedap serta manis. Isinya juga lebih padat serta durinya yang tumpul memudahkan ianya dibuka untuk dimakan.
2. Bau
Orang tua-tua cakap durian kalau dah matang elok, aroma dia memang kuat berbau. Jadi bila anda nak pilih durian, bolehla cuba hidu dulu, jika berbau manis, katanya elok. Kalau jenis yang tak berbau tu biasanya durian yang belum masak dan diperam. Tapi nak hidu tu baik-baik, jangan sampai tersembam atas durian tu.
3. Bentuk Buah
Ada yang cakap buah durian yang berbentuk bulat, isinya lebih padat. Ada pula yang cakap durian yang mempunyai bentuk yang unik dan tidak bulat pula isinya lebih baik, tebal dan juga manis. Pendapat serta tips yang berbeza-beza.
4. Tangkai
Boleh juga nak periksa buah durian tu isinya elok atau tak melalui tangkainya. Tangkai durian yang sudah gelap menandakan buah tersebut sudah lama jatuh tapi jikalau tangkai buah tersebut masih lagi cerah dan berlendir, pastinya buah tersebut baru luruh. Selain itu, ada yang kata kalau tangkainya pendek dan tebal, menandakan isinya banyak dan juga tebal.
5. Kulit
Sebaiknya pilih durian yang kulitnya masih dalam keadaan baik dan juga tidak merekah. Jika ada pecah atau retak pada kulit durian akan menyebabkan udara luar masuk dan menjadikan isinya lebih tawar atau masam. Kulit durian yang berlubang juga berkemungkinan mengandungi ulat atau serangga lain di dalamnya.
Bagi yang kurang tahu macam-mana nak pilih durian yang terbaik, korang boleh praktikkan tips-tips yang diberikan ini.
Sumber: Mingguan Wanita
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login