Connect with us

Travel

5 pulau popular yang wajib anda pergi di Semporna, Sabah!

Published

on

Negara kita memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi yang sering menjadi destinasi pelancong tidak kira sama ada dari dalam Malaysia mahupun pelancong luar.

Sabah adalah salah satu destinasi percutian yang menarik kerana keindahan pulau-pulau yang terdapat di negeri di bawah bayu itu.

Berikut adalah lima buah pulau di Semporna yang menjadi destinasi pilihan para pengunjung.

Pulau Mabul

Mabul semakin terkenal dengan keunikannya dan sangat popular bagi pasangan yang ingin berbulan madu dengan menawarkan penginapan yang bersesuaian dengan bajet hingga yang lebih ekslusif.

Pulau Mabul adalah sebuah pulau kecil yang dikelilingi oleh air laut biru yang kehijauan dan berpasir putih lembut.

Mabul juga terkenal dengan aktiviti menyelam dan snorkeling yang menjadi pilihan ramai pengunjung. Selain itu, pengunjung boleh melawat perkampungan orang Bajau di sekitar pulau dan dapat melihat gaya hidup tradisional kaum ini.

Pulau Sibuan

Salah satu pulau yang di Semporna ini terletak di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini dikenali sebagai Battleship Island kerana bentuk pulaunya.

Pulau ini menjadi pilihan popular bagi peminat selam skuba, kerana lautnya yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

Walaupun tiada sebarang resort mahupun hotel di sini, pulau ini masih menjadi tarikan untuk pengunjung melakukan aktiviti snorkeling, berkelah, dan melawat perkampungan masyarakat yang mesra digelar Gipsi Laut.

Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang sering menjadi bualan mulut kaki selam, kerana mempunyai spesies karang yang sangat menarik dan syurga dasar laut.

Pulau ini menjanjikan pengalaman menarik kerana ia terbentuk akibat letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, dan berada pada kedudukan strategik yang berkongsi lautan dengan selatan Filipina dan utara Sulawesi.

Bukan sahaja dasar laut dan permukaan airnya mempersonakan, malah pengunjung wajib mendaki ke puncak bukit tertinggi pulau ini, untuk menikmati pemandangan yang menarik.

Pulau Mantabuan

Selain mempunyai kehidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni, pulau ini mempunyai pemandangan yang amat cantik.

Pulau Mantabuan merupakan pulau terkecil di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini juga didiami oleh masyarakat Gipsi Laut yang tinggal di houseboat.

Aktiviti di sini adalah snorkeling dan selam skuba. Tiga kawasan penyelam utama di pulau ini adalah Black Coral Graden, Stingray Alley Way dan Star Point.

Pulau Tetagan

Pulau Tetagan adalah salah satu pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ini sering dikunjungi pelawat yang ingin melihat rutin masyarakat Bajau Laut, sama seperti di Pulau Bohey Dulang.

Menariknya, di sini tiada pulau besar yang sesuai untuk aktiviti snorkeling namun ia hanyalah sebuah perkampungan Bajau Laut.

Kanak-kanak di sini akan mendayung sampan ke bot anda untuk menerima hadiah, so jangan lupa untuk membawa makanan atau snek untuk diberikan kepada mereka.

Sumber : IG @aril_69, @jaxonwong, @joshjuing

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 10 Paradise Island di Kepulauan Semporna Wajib Tahu - TripJalan

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending