Connect with us

Travel

4 gadis redah Dubai hingga Athens dengan bajet 10 ribu seorang!

Published

on

Mesti seronok jika dapat bercuti bersama rakan-rakan lebih-lebih lagi jika anda jenis yang redah dan terjah sahaja dalam percutian.

Selain dapat belajar benda baru di tempat orang, ia juga akan menjadi pengalaman yang indah untuk anda kenang sampai bila-bila. Mana taknya, jiwa kental sahaja yang sanggup redah dan terjah tempat baru!

Ikuti perkongsian yang turut dilengkapi dengan bajet dan itinerari seorang gadis yang dikenali sebagai Amira Ahmad di laman Facebook dalam percutian terjah bersama tiga rakannya ke Dubai, Istanbul, Cappadocia, Santorini dan Athens selama 13 hari ini yang memakan belanja RM10k seorang.

Kos penerbangan

Semasa percutian ke sana, kos penerbangan yang diperlukan adalah RM4,220 untuk setiap seorang dan mereka telah menaiki beberapa penerbangan:

  • Langkawi – Kuala Lumpur (Malindo Air) RM120
  • Kuala Lumpur – Dubai (Royal Brunei) RM1,300
  • Dubai – Istanbul (Pengasus) RM800
  • Sabiha – Kayseri – Sabiha (Pengasus) RM200
  • Sabiha – Athens (Pengasus) RM200
  • Athens – Santorini – Athens (Olympic) RM400
  • Athens – Langkawi (Scoot) RM1,200

Penginapan

Amira dan rakan-rakannya menginap di tiga buah tempat penginapan sepanjang mereka di sana. Kos penginapan adalah sebanyak RM3,500.

  • Dubai (3 malam) RM900
  • Istanbul dan Cappadocia RM1,400
  • Santorini RM1,200

Perbelanjaan lain

Dubai

  • Burj khalifa.
  • Desert Safari tour.
  • Naik helikopter.
  • Makan malam di cruise.
  • Shopping cenderahati.

Turkey

  • Shuttle pergi dan balik dari Lapangan Terbang Sabiha.
  • Istanbulkart.
  • Bosphorus Cruise (makan malam).
  • Tour pakej di Cappadocia.

Greece

  • Sewa kereta.
  • Minyak petrol kereta.
  • Servis penyimpanan luggage di Lapangan Terbang Airport.
  • Air mineral

Day 1 (29 Oktober)

  • Menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Brunei dan dari Brunei ke Dubai.

Day 2 (30 Oktober – 1 November)

  • Tiba di Lapangan Terbang Dubai.
  • Dijemput oleh tour guide di lapangan terbang.
  • Berjalan sekitar Dubai (3 hari).

Day 5 (2 – 3 November)

  • Flight ke Istanbul.
  • Berjalan-jalan dan bergambar di Istanbul.

Day 7 (4 – 5 November)

  • Flight ke Cappadocia.
  • Menjelajah Cappadocia bersama tour guide.

Day 9 (6 – 9 November)

  • Bergerak dari Istanbul ke Athens.
  • Naik flight ke Santorini.
  • Sesi jelajah Santorini.

Day 13 (9 – 10 November)

  • Flight dari Athens ke Langkawi (transit di Singapura).

Sumber : Amira Ahmad (FB)

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending