Connect with us

Foodie

26 Mac ini Starbucks Malaysia perkenal minuman perisa kacang merah bertemakan bunga Sakura!

May Ai Mui

Published

on

Kepada penggemar minuman Starbucks, pastinya anda akan berasa teruja dengan keluaran terbaru jenama itu yang bertemakan bunga Sakura. Sempena dengan musim bunga, Starbucks telah memperkenalkan beberapa ‘merchandise’ menarik dan minuman baharu.

Minuman tersebut ialah Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino. Azuki bermaksud kacang merah dalam bahasa Jepun. Oleh itu, peminat perisa kacang merah boleh menantikan minuman terbaru itu.

Kedua-dua minuman itu boleh didapati di pasaran pada 26 Mac dengan harga bermula RM17.50.

Selain minuman, Starbucks memperkenalkan beberapa ‘merchandise’ seperti tumblers dan cawan. Kesemua ‘merchandise’ tersebut juga bertemakan bunga Sakura dan berwarna merah jambu.

Semua warna pink, cutenya!

Cantiknya kad Starbucks ni…

Bagi pengumpul kad Starbucks di luar sana, anda juga boleh membeli kad bertemakan bunga Sakura ini dengan pengaktifan minimum sebanyak RM30.

Pokok ‘cherry blossom’ Jepun di Malaysia?

Menariknya tentang edisi ini, Starbucks turut membawa pokok ‘cheery blossom’ dari Jepun dalam bentuk AR (augmented reality), yang bermaksud pelanggan diberi peluang untuk merasai musim bunga dengan lebih dekat.

Pokok tersebut akan melalui tiga fasa iaitu budding, in-bloom dan full bloom, pelanggan dikehendaki mengikut beberapa arahan untuk melihat pokok tersebut melalui dunia virtual.

Berikut adalah cara-caranya.

  1. Imbas kod QR, yang terdapat di semua cawangan Starbucks untuk mendapatkan akses ke kamera AR Facebook.
  2. Cari sticker ‘Cherry Blossom’ di kedai tersebut.
  3. Imbas sticker itu untuk memulakan pengalaman AR.
  4. Ambil foto/video dan kongsikan di laman Facebook dan Instagram masing-masing. Jangan lupa untuk tag Starbucks Malaysia!

Tambahan lagi, anda juga berpeluang untuk memenangi ‘merchandise’ kristal Starbucks daripada jenama Swarovski. Jadi, kepada peminat Starbucks, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Starbucks terdekat anda untuk menikmati minuman perisa kacang merah dan dapatkan ‘merchandise’ menarik ini.

Sumber: Artikel 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending