Connect with us

Travel

“1km, sampai boleh tertido!” – Gelongsor air terpanjang di dunia, reaksi netizen memang ‘win’!

Published

on

Rekod terbaru dipegang Malaysia apabila memiliki gelongsor air terpanjang di dunia. Gelongsor air yang bertempat di Taman Tema Escape Pulau Pinang itu adalah sepanjang lebih kurang 1.140 kilometer (km), dan ianya dijangka akan dibuka untuk pengunjung pada Ogos ini.

Wow! Gila gempak!

Tinggi 70 meter, 1.1km penat nak gelongsor

Gelongsor yang berketinggian 70 meter tersebut dijangka siap pada fasa seterusnya, hujung bulan hadapan. Yang menariknya, gelongsor ini akan mengatasi rekod di dunia 0.602 km di Taman Tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada tahun 2015.

Antara tarikan menarik yang lain adalah terdapat kereta kabel yang akan menghubungkan kaki bukit hingga ke permulaan gelongsor air.

Kereta kabel tersebut akan melalui kawasan hutan, menjadikan ianya satu pengalaman yang baru dan menyeronokkan.

Nak naik kene buka Waze ke?

Namun apa yang melucukan adalah reaksi netizen terhadap pembukaan gelongsor sepanjang 1.1km ini.

“Kena bawak bekal sekali, takut lapar”

Mencuit hati betul lah komen korang ni.

Haus lah punggung korang nak tunggu sampai.

Sumber:Bernama, Dena Bahrin

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending