Connect with us

Uncategorized

12 barang pembersihan rumah yang wajib dibeli di kedai Eco, sesuai untuk suri rumah

May Ai Mui

Published

on

Sebut sahaja kedai Eco, pastinya ramai yang gemar berkunjung ke kedai RM2 tersebut. Pelbagai barangan, makanan dan keperluan rumah yang boleh dibeli oleh orang ramai dengan harga RM 2.10 sahaja, harga yang murah dan berbaloi.

Kepada suri rumah di luar sana, sudah semestinya kedai Eco ini menjadi salah satu pilihan untuk membeli-belah keperluan rumah, seperti barang kebersihan dan sebagainya.

Oleh itu, seorang pengguna Facebook, Hani Mynis telah memuat naik 12 barang pembersihan rumah yang wajib dibeli di kedai Eco. Posting tersebut telah tular dan dikongsi oleh 53,000 pengguna laman sosial.

#kemasrumahwithhani : 13 barang pembersihan rumah wajib beli kat Eco!Siapa yang personally kenal hani tahu betapa…

Posted by Hani Mynis on Thursday, May 24, 2018

1. Magic span

Menurut Hani, produk Magic Span ini sangat berkesan untuk membersihkan segala kotoran seperti dakwat, kesan minyak, tahi lalat di lantai bilik air dan banyak lagi.

Jadi, produk ini boleh digunakan untuk mengkilatkan perkakas dapur dan membersihkan kekotoran yang sukar ditanggalkan.

2. Sabun basuh baju

Walaupun produk ini diberi nama ‘Advanced Laundry Soap’, ia boleh digunakan bersama dengan sabun basuh pinggan untuk membersihkan bahagian bawah kuali dan periuk. Dengan ini, perkakas masak itu akan kelihatan berkilat.

Selain perkakas masak, sabun ini boleh digunakan untuk membasuh baju sekolah yang berwarna putih. Sabun basuh baju ini juga boleh diletakkan bersama air panas dan cuka untuk mengelap lantai.

3. Washable sticky roll

Sticky roll ini boleh menggantikan vakum kerana fungsinya adalah untuk mengutip rambut, habuk kecil di karpet. Antara kebaikan produk ini ialah ianya boleh dibersihkan dengan mudah, hanya perlu dibasuh menggunakan air.

4. Super Tot pencuci lantai

Pada kebiasaannya, pencuci lantai akan membuatkan lantai berasa melekit. Namun, berbeza dengan Super Tot pencuci lantai ini tidak perlu dibilas kerana ianya tidak melekit, pastinya membuatkan lantai anda berkilat selepas menggunakannya.

Baunya juga wangi, wajib dibeli dengan hanya RM2.10 sahaja.

5. Microfiber cloth 

Sarung tangan ini sesuai digunakan dalam keadaan yang basah dan kering. Secara umumnya, sarung tangan ini boleh dibasahkan dan digunakan untuk tujuan pembersihan.

Manakala, sarung tangan yang kering sesuai digunakan pada permukaan yang berhabuk. Fiber tersebut bertindak sebagai pemerangkap habuk dan kotoran.

6. Tisu basah

Tisu basah ini lembut dan sangat berguna untuk mengelap kotoran di atas meja makan dan perabot. Saiznya yang besar sangat berbaloi dengan harga RM2.10.

7. Berus 2 dalam 1

Produk ini juga boleh dijumpai di kedai Eco, ianya berfungsi untuk membersihkan kerak pada bahagian belakang kuali dan periuk.

Sebelum memberus bahagian kerak menggunakan berus besi tersebut, hujung besi itu bertujuan untuk mengkikis kerak yang terdapat pada kuali dan periuk.

8. Stain remover

Stain remover ini ternyata sangat berkesan untuk mencuci mangkuk tandas dan permukaan lantai. Selepas mencurahkannya ke dalam mangkuk tandas, biarkan beberapa minit untuk melihat keberkesanannya.

Namun, produk ini berkemungkinan akan merosakkan lantai jubin. Oleh itu, adalah digalakkan untuk mencurahkan produk tersebut dalam kuantiti yang sikit untuk melihat kesannya.

Produk ini mengandungi peluntur yang membuatkan kesannya sangat ‘kuat’. Jadi, anda dinasihatkan untuk berhati -hati ketika menggunakannya.

9. Point brush

Selain itu, terdapat tiga point brush yang disediakan dalam produk ini, sesuai digunakan untuk membersihkan peralatan memasak di dapur terutamanya pada bahagian tungku dan jaring yang terletak dalam ketuhar.

Point brush yang kecil ini memastikan kesan-kesan karat dapat dibersihkan walaupun ianya sukar ditanggalkan.

10. Penyepit Span

Rata-rata orang pernah menggunakan penyepit span ini pada zaman sekolah untuk mengelap tingkap. Selain dapat membersihkan tingkap, ia boleh digunakan untuk mengelap kipas siling.

11. Plastik sampah wangi

Siapa sangka plastik sampah yang wangi boleh didapati di kedai RM2, produk ini memang sesuai untuk orang ramai dan dapat mengelakkan bau busuk apabila menggunakannya.

12. Toilet cleaner

Walaupun tak ‘sekuat’ stain remover, namun produk ini sesuai digunakan untuk membersihkan kotoran biasa sahaja.

Sumber: Hani Mynis

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending