Foodie
10 spot makan yang wajib di singgah bila korang datang Kelantan
Antara perkara yang wajib dicuba sekiranya melawat ke suatu tempat baru sudah pastinya mencuba makanan tempatan.
Jika korang melawat ke Kelantan, pastinya korang wajib tahu restoran untuk dikunjungi disini. Ini kerana Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan hidangan yang lazat.
Boleh dikatakan, pergi saja dimana-mana kawasan diKelantan, pasti akan terjumpa kedai makan yang enak di sana.
Mungkin ada yang pernah dengar nama-nama kuih yang pelik seperti, cek mek molek, kuih tahi itik dan kuba guling. Itu baru sahaja nama kuih, belum lagi nama lauk pauk yang melazatkan.
Berikut merupakan antara tempat best yang korang patut cuba apabila singgah ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
1. Warung Teh Tarik Madu Pokmat Pulau Pisang
Sebut sahaja teh Tarik madu, sudah tentu tempatnya di sini. Air teh tarik yang dibancuh bersama madu dan buih yang meliurkan pasti membuatkan korang nak ke sini.
Bukan teh tarik madu sahaja, menu utama yang pastinya korang cuba ialah Sup Kepala Ikan dan sup gearbox. Pasti dapat mengenyangkan perut yang tengah lapar.
Lokasi : Warung Pokmat Teh Tarik Madu,
Medan Selera Ikan Bakar Kedai Buloh, Pantai Cahaya Bulan.
Waktu Operasi : 8am-4pm
2. Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan
Jika tekak inginkan masakan tradisional Kelantan, pastinya di sini tempat yang wajib dituju. Restoran Cikgu Nasi Ulam terkenal dengan masakan Melayunya. Selain itu, ulam-ulaman segar yang dihidangkan untuk dimakan bersama budu atau sambal belacan turut menyelerakan.
Selain itu, di Kampung Karangkraf ini, korang boleh beli souvenirs kerana terdapat gerai jualan yang menjual ukir-ukiran kesenian yang melambangkan tradisi ukiran Kelantan.
Lokasi : Kampung Karangkraf, Bandar Kota Bharu.
Waktu Operasi : 10.30-5pm
3. Kopitiam Kita
Kopitiam Kita merupakan salah sebuah restoran yang terkenal untuk menikmati sarapan pagi di Kelantan kerana keunikan menunya seperti Roti Titab dan kuih muih tempatan yang menyelerakan.
Selain itu Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok dan Nasi Tumpang Kubang Pasu turut boleh di dapati di sini.
Lokasi: Kopitiam Kita, Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu
Waktu Operasi : 6am-2pm , 7pm-12am
4. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Antara spot terkenal untuk menikmati makan malam adalah Restoran KST.
Pelbagai pilihan ikan untuk jadikan lauk, dan menu ikan stim limau serta sotong celup tepung antara yang terkenal dan sedap patut korang cuba.
Lokasi: KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Waktu Operasi: 6pm-12 am
5. Kopi Mesin
Ibarat Starbucks di Kuala Lumpur, Kopi Mesin di Kelantan merupakan tempat lepak yang terkenal di kalangan penggemar kopi. Selain daripada minuman, Kopi Mesin ini turut menyediakan makanan barat iaitu, spaghetti carbonara, chicken chop atau pilih sahaja kek untuk santai bersama kopi.
Lokasi : Kopi Mesin, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian
Waktu Operasi : 5pm-1am
6. Eri Nasi Kukus
Terletak di Pantai Irama yang terkenal di Kelantan, kedai Eri Nasi Kukus merupakan port yang terbaik untuk mereka yang menggemari Nasi Kukus.
Mempunyai dua cawangan, kedai ini terkenal dengan lauk ayam goreng berempah.
Lokasi : Restoran Eri Nasi Kukus, Cabang 3 Melawi, Bachok
Waktu Operasi : 12pm-6pm
7. Mangga Tabur, Mamalicious
Air Mangga Tabur Mamalicious yang dijual di berdekatan dengan kawasan Universiti Malaysia Kelantan memang terkenal di kalangan pelajar universiti.
Bukan setakat mangga, pelbagai jenis air buah korang boleh beli disini. Selain mangga, jus yang popular juga buah naga.
Lokasi : Cabang 4 Tangok, Bachok Kelantan
Waktu Operasi : 1 pm- 8pm
8. Kedai Acu Tera, Pantai Sabak, Kota Bharu
Menu yang popular di sini adalah goreng-goreng celup tepung seperti ikan, sotong ataupun udang celup tepung yang dihidangkan bersama sos istimewa. Selain itu, korang boleh mencuba pengat pisang dan air mangga yang pastinya boleh menghilangkan rasa dahaga.
Terletak betul-betul di atas pantai, korang boleh menjamu selera sambil menikmati udara segar di Pantai Sabak ini.
9. Mex Qlate Station
Sekiranya korang penggemar makanan berasaskan mee, korang bolehlah mencuba mee celup Mex Qlate Station ini. Berasal dari Siam, mee celup yang dijual di kedai ini menggunakan bahan-bahan yang dibuat khas daripada negara Gajah Putih itu.
Terletak berhampiran dengan di Tesco, Kota Bharu antara menu yang wajib dicuba adalah Tomyam Hunter dan Mee Celup Goyang Dumang.
Lokasi : Restoran Mex Qlate , Jalan Pasir Pekan, Bandar Baru Lembah Sireh
Waktu Operasi : 11am-10pm
10. Lido Corner (Nasi Sup Ayam Bakar)
Nasi yang dimakan bersama ayam bakar dan sup ini pasti mengenyangkan perut yang tengah lapar.
Terletak di Kawasan Hotel Grandriver View, di Kota Bharu, Lido Corner turut popular dengan minuman coconut shake dan kambing bakar yang memang terkenal dengan keempukannya.
Lokasi: Lido Corner, Jalan Post Office Lama, Kota Bharu
Waktu Operasi: 11.30-5pm
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login