Foodie
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
Sejak kedai serbaneka Family Mart yang pertama telah dibuka di Malaysia pada tahun 2016, pembukaan rangkaian kedai ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, kedai ini hanya mempunyai cawangan di kawasan Lembah klang sahaja.
Rangkaian Family Mart adalah berasal dari negara matahari terbit, Jepun dan telah menjadi kedai serbaneka pertama di negara yang menjual ais krim lembut dan snek segar.
Walaupun menjual pelbagai makanan dan minuman dari pasaran Jepun, namun ia tetap menjadi pilihan orang ramai ketika singgah di Family Mart.
Ini 10 menu yang wajib dibeli jika singgah di Family Mart.
1. Soft serve ice cream
Sebaik melangkah ke Family Mart, pastinya pelanggan akan memilih untuk membeli aiskrim, kerana ia merupakan pilihan utama pelanggan. Aiskrim ini boleh didapati dalam dua perisa, iaitu Matcha dan Murasaki Sweet Potato Cheesecake.
Harga untuk setiap aiskrim adalah RM2.90, rasa yang enak serta teksturnya yang lembut sememangnya membuatkan pelanggan akan membelinya sekali lagi.
2. Oden
Menu kedua yang wajib dibeli adalah Oden. Pelanggan yang datang boleh memilih dua perisa, iaitu tom yam atau biasa.
Selain itu, pelanggan boleh memilih beberapa pilihan makanan, antaranya ialah bebola ikan, jagung dan banyak lagi. Harganya juga berpatutan di mana setiap jenis makanan berharga RM3.00.
Kuahnya yang masam-masam manis menjadikan makanan ini salah satu menu kegemaran ramai. Sampai sahaja Family Mart, ramai pelanggan yang beratur panjang semata-mata nak membeli Oden Family Mart.
3. Cookies frappe
Cookies frappe juga menu wajib yang harus dibeli oleh pelanggan. Minuman ini berharga RM8.90 dan ia sesuai untuk diminum ketika cuaca panas.
Pelanggan yang datang boleh mengambil minuman ini di peti ais yang telah disediakan, cookies frappe ini mempunyai tiga perisa yang berlainan iaitu chocolate, milk dan coffee.
4. Bento box
Di sini, pelanggan boleh mendapatkan makanan popular dari Jepun iaitu bento box. Saiz bekas bento yang kecil sesuai kepada pelanggan inginkan juadah yang ringkas, serta berkhasiat. Ia memudahkan mereka untuk dibawa ke tempat kerja.
Oleh itu, Family Mart menyediakan variasi pilihan sajian bento, yang boleh dibeli oleh pengunjung mengikut cita rasa masing masing. Rata-rata harga bento box adalah dalam lingkungan RM7.90.
5. Banana milk
Populariti minuman susu pisang ini memang tidak dapat disangkalkan lagi, apabila sering kehabisan stok. Oleh itu, pelanggan boleh mencuba minuman berperisa susu pisang ini yang berharga RM5.38.
6. Onigiri
Snek Onigiri pelbagai perisa boleh dijumpai di Family Mart seperti sambal telur, ayam rendang dan daging rendang. Onigiri yang dijual berharga RM4.50.
Onigiri ini diperbuat daripada nasi sushi yang disaluti dengan rumpai laut, dan dibalut dalam bentuk saiz tiga segi. Pastinya makanan ini boleh mengenyangkan perut.
7. Japanese ice cream
Pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai aiskrim Jepun yang tidak terdapat di pasaran Malaysia. Setiap aiskrim ini berharga RM7.17 dan mempunyai beberapa perisa seperti teh hijau (green tea), coffee, vanilla dan chocolate.
8. Strawberry sando
Strawberry Sando, merupakan pencuci mulut dari Jepun yang boleh didapati di Family Mart. Span Kek berperisa strawberi yang disaluti dengan kepingan buah strawberi pastinya amat enak dimakan.
Harga untuk strawberry sando adalah RM5.20 dan sesuai untuk pengemar strawberi di luar sana.
9.Keropok kentang
Keropok kentang Calbee dari Jepun boleh didapati di sini, bungkusannya yang ringkas amat sesuai kepada pelanggan yang ingin menikmati keropok kentang.
Pelanggan boleh memilih antara sweet potato sticks ataupun kerepek, kesemua keropok ini berharga RM6.13.
10. Shimi Choco Corn
Shimi Coco Corn yang berbentuk cereal juga mendapat tempat di hati pelanggan. Biskutnya manis dan pelanggan boleh membeli biskut ini pada waktu pagi kerana ianya amat sesuai sebagai sarapan pagi. Pelanggan boleh membelinya dengan harga RM6.13.
Kepada peminat makanan di luar sana, anda boleh berkunjung ke Family Mart kerana ianya menwarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang hanya terdapat di kedai serbaneka itu.
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login